Luckin Coffee Kini Dibuka di PJ New Town – Kini Sudah Mempunyai 20 Cawangan Di Malaysia
Lina Rosli
Jenama kopi terkenal dari China, Luckin Coffee terus melebarkan sayapnya di Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan ke-20 di PJ New Town.
Bertapak di Malaysia pada awal tahun 2025, iaitu sekitar bulan Januari, Luckin Coffee nampaknya bergerak aktif dalam menawarkan capaian minuman mereka kepada penggemar kopi di sekitar Lembah Klang.

Jenama ini memperlihatkan variasi pilihan minuman yang boleh dinikmati oleh semua individu – merangkumi pelbagai jenis kopi termasuk kopi menggunakan biji kopi Single Origin hingga ke minuman berasaskan teh hijau. Dan antara 4 minuman yang dicadangkan adalah Coconut Latte (RM14), Matcha Latte (RM14), Latte (RM13) dan Yirgacheffe Americano (RM15).
Oleh itu, sempena pencapaian ini, para pelanggan boleh menantikan kejutan istimewa menerusi 20th Outlet Celebration Voucher Pack yang dihantar terus ke aplikasi Luckin Coffee.
Tanpa perlu mencetak atau menebus secara fizikal, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi dan menikmati pelbagai ganjaran eksklusif sebagai penghargaan atas sokongan yang berterusan.
Tawaran Eksklusif Di Hujung Jari
Bagi yang belum memuat turut aplikasi Luckin Coffee, inilah masanya untuk berbuat demikian. Bukan sahaja untuk menikmati baucar eksklusif pembukaan, malah aplikasi ini turut menawarkan pelbagai promosi menarik secara berkala.
Dengan pembukaan di PJ New Town, Luckin Coffee terus menegaskan komitmennya dalam menyediakan kopi berkualiti tinggi dan pengalaman pelanggan yang lancar, pantas dan moden.