YSL LOVESHINE Plumping Lip Oil Gloss Kini Di Sephora – Kilauan Menawan Untuk Bibir Lebih Sempurna

June 16, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

YSL Beauty baru-baru ini hadir dengan satu lagi inovasi baharu untuk kecantikan yang menampilkan produk khusus untuk bibir iaitu YSL LOVESHINE Plumping Lip Oil Gloss – sesuai untuk anda yang menggemari kilauan maksimum dan kemasan mewah pada bibir.

Produk bibir ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan koleksi YSL LOVESHINE sebelum ini – yang diperkenalkan oleh duta jenamanya, Dua Lipa.

Untuk koleksi LOVESHINE ini, ia menampilkan produk yang memfokuskan gaya yang berani dan personaliti yang bertenaga. Oleh yang demikian, bagi melengkapkan penampilan individu, YSL Beauty membawakan pengilat bibir ini di dalam barisan produk YSL LOVESHINE.

Bagi yang berminat, YSL LOVESHINE Plumping Lip Oil Gloss ini menawarkan kilauan bibir yang bertahan sehingga 8 jam, selain turut menampilkan tekstur cecair yang nipis, ringan dan tidak melekit. Ini sekaligus menjadikan si pemakai lebih selesa untuk menggunakan dalam tempoh yang panjang. Malah, ia turut memberikan kesan pada bibir yang tampak semula jadi.

Untuk pengetahuan anda juga, ia diformulasikan dengan 97% kandungan minyak termasuk minyak halia dan minyak lada, ia bukan sahaja membantu menghasilkan volume serta-merta, malah memberikan hidrasi selama 24 jam. Kandungan fig pulp dari Ourika Gardens pula bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi dan menyihatkan bibir.

Dengan aroma mangga yang segar, pengilat bibir ini memberikan pengalaman penggunaan yang mewah dan menyenangkan. Terdapat dalam 8 pilihan rona, ia sesuai untuk pelbagai tona kulit dan gaya harian.

YSL LOVESHINE Plumping Lip Oil Gloss dijual pada harga RM180 setiap satu, dan boleh didapati di laman rasmi YSL Beauty, ataupun anda juga boleh mendapatkannya di Sephora secara fizikal dan juga atas talian.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd