F&N Magnolia Tampil Dengan Produk Tenusu Edisi Terhad Bersama Minions

June 17, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini, F&N Magnolia hadir dengan dengan rekaan kotak minuman yang diberi nafas baharu untuk produk tenusu mereka. Dengan kerjasama eksklusif bersama Illumination, jenama ini memperkenalkan rangkaian edisi terhad berinspirasikan watak comel dan nakal dari francais animasi kegemaran ramai — Minions.

Antara yang menjadi tumpuan utama adalah Susu Pisang UHT F&N Magnolia, kini hadir dengan bungkusan kuning terang dihiasi Minions. Tersedia dalam saiz 1 liter dan pek 200ml (6 pek), minuman ini sesuai dijadikan bekalan ke sekolah, teman dalam perjalanan jauh atau minuman santai di rumah.

Selain itu, susu segar dan susu coklat F&N MAGNOLIA dalam pek 6 juga menerima sentuhan istimewa Minions. Rekaan eksklusif ini boleh didapati bermula 1 Julai 2025 secara eksklusif di 99 Speedmart dan beberapa cawangan AEON terpilih.

Tidak ketinggalan, untuk pencinta aiskrim, F&N Magnolia turut menampilkan bungkusan istimewa Minions untuk produk Neopolitan dan juga Vanila dalam saiz 1.4L. Gabungan ini menjanjikan keceriaan ketika berkongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jelajah F&N Magnolia Minions Di Pusat Beli-Belah Seluruh Negara

Bagi meraikan pelancaran ini, F&N Magnolia membawakan kemeriahan Minions ke beberapa pusat beli-belah terpilih di Lembah Klang dan Johor Bahru. Di lokasi ini, pembeli boleh menyertai aktiviti istimewa seperti giant blind box vending machine yang mana untuk setiap pembelian RM40 ke atas melayakkan anda mencuba nasib untuk memenangi barangan eksklusif Minions.

Terdapat juga gerai permainan interaktif “Catch the Banana” di lokasi tertentu. Dengan perbelanjaan minimum RM20, pengunjung boleh menyertai cabaran ini dan memenangi hadiah seperti beg, payung, botol air dan banyak lagi sekaligus menjadikan hujung minggu lebih bermakna dan penuh keseronokan.

Untuk maklumat penuh senarai lokasi, pengguna boleh merujuk laman rasmi mereka di https://rebrand.ly/fnnminions dan mengikuti saluran media sosial F&N Magnolia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd