Trend percutian singkat atau micro-travel semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelancong moden yang merancang untuk mendapatkan percutian yang ringkat tanpa perlu perancangan rumit.
Berdasarkan data tempahan di Agoda dari Januari hingga Mei 2025, dua destinasi utama di Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang — telah tersenarai di dalam sepuluh lokasi penginapan satu malam paling popular di Asia.
Kuala Lumpur muncul sebagai destinasi nombor satu untuk penginapan satu malam, manakala Pulau Pinang pula berada di kedudukan kesembilan. Statistik ini diumumkan selari dengan inisiatif Agoda dalam mempromosikan konsep micro-travel, iaitu percutian singkat yang padat dengan pengalaman bermakna.

Malaysia kini muncul sebagai pilihan utama pelancong serantau yang mencari destinasi yang mudah diakses, kaya dengan budaya, serta menawarkan nilai yang berpatutan. Bandar-bandar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang memenuhi kriteria ini melalui gabungan tarikan moden dan warisan tempatan yang unik.
Konsep micro-travel sesuai untuk individu yang mempunyai jadual kerja yang padat, atau mereka yang merancang percutian secara spontan. Ia membolehkan seseorang menikmati percutian ringkas sama ada dalam bentuk lawatan sehari atau penginapan semalaman tanpa perlu mengorbankan masa kerja atau merancang jauh lebih awal.

Dengan itu, pengalaman melancong menjadi lebih mudah, kos efektif dan boleh dinikmati dengan lebih kerap. Selain Malaysia, berikut adalah senarai penuh 10 destinasi utama pilihan pengguna Agoda di Asia untuk percutian singkat:
- Kuala Lumpur, Malaysia – Kota metropolitan ini menawarkan pelbagai tarikan yang merangkumi mercu tanda ikonik Menara Berkembar Petronas, ke pasar malam tempatan, pusat beli-belah moden dan pelbagai pilihan makanan jalanan.
- Seoul, Korea Selatan – Kawasan seperti Hongdae dan Myeongdong memberi pengalaman percutian padat dengan budaya pop Korea, makanan lazat, serta suasana bandar yang hidup, sesuai untuk percutian walaupun untuk lawatan singkat.
- Taipei, Taiwan – Dengan tarikan seperti Taipei 101, pasar malam Shilin, dan mata air panas, Taipei menawarkan pelbagai pengalaman menarik dalam tempoh 24 jam.
- Manila, Filipina – Gabungan sejarah dan gaya hidup moden menjadikan Manila lokasi ideal untuk meneroka tempat bersejarah seperti Intramuros, menikmati senja di Teluk Manila dan mencuba hiburan malamnya.
- Pattaya, Thailand – Dikenali dengan pantai dan hiburan malamnya, Pattaya sesuai untuk percutian tropika singkat yang santai dan menyeronokkan.
- Jeju, Korea Selatan – Pulau ini terkenal dengan landskap semula jadi yang menakjubkan seperti Gunung Hallasan dan air terjun indah, menjadikannya destinasi menenangkan untuk percutian seharian.
- Nagoya, Jepun – Nagoya sesuai untuk pengembara yang ingin menikmati gabungan sejarah, makanan tempatan seperti miso katsu dan suasana bandar Jepun yang lebih tenang.
- Kaohsiung, Taiwan – Bandar pelabuhan ini menawarkan aktiviti seperti melawat Pusat Seni Pier-2, menaiki feri ke Pulau Cijin dan mencuba pelbagai jenis teh boba.
- Pulau Pinang, Malaysia – George Town menjadi tarikan utama dengan makanan jalanannya, seni mural yang menarik serta warisan budaya yang masih terpelihara.
- Surabaya, Indonesia – Bandar yang sibuk ini memberikan pengalaman lokal yang unik seperti melawat House of Sampoerna, membeli-belah di pasar tempatan dan menikmati waktu malam yang tenang di tepi laut.
Dengan lebih 5 juta pilihan tempat penginapan, lebih 130,000 laluan penerbangan serta lebih 300,000 aktiviti pelancongan, Agoda memudahkan pengguna merancang percutian singkat dengan lebih mudah.