HABIB Memperkenalkan Ferdous 999.9 – Koleksi Wafer Emas Yang Menyatukan Keindahan Seni Arab Dan Warisan Timur Tengah
Lina Rosli
HABIB terus memukau peminat barangan kemas tempatan dengan pelancaran terbaharunya – Koleksi Wafer Emas Ferdous 999.9 yang mengangkat kehalusan seni klasik Arab ke dalam rekaan moden dan eksklusif.
Dicipta bukan sekadar untuk dimiliki, koleksi ini merupakan penghormatan terhadap warisan artistik Timur Tengah yang kaya dengan makna simbolik dan keindahan yang tak lapuk dek zaman.
Mengambil nama ‘Ferdous’, yang membawa maksud syurga atau taman yang indah dalam bahasa Arab, koleksi ini menampilkan dua rekaan utama yang masing-masing menyelitkan unsur simbolik dan estetika dari seni Islamik klasik – iaitu Shamsa yang bermaksud medalion matahari dan Muthanna, iaitu seni simetri cerminan yang banyak digunakan dalam seni bina dan ukiran tradisional.

#1 Octagonal Star Shamsa
Wafer pertama ini mengetengahkan rekaan Bintang Shamsa Bersegi Lapan yang menjadi lambang keseimbangan, keharmonian dan kebijaksanaan.
Dihiasi dengan jalur awan dan motif bunga yang halus, rekaannya cukup menawan dan membawa naratif visual tentang semesta yang tersusun dan damai. Lebih menarik, rekaan ini disempurnakan dengan bunga peoni, yang secara tradisional dikaitkan dengan keberkatan dan kemakmuran – menjadikannya pilihan simbolik yang cukup bermakna untuk dihadiahkan atau dijadikan koleksi peribadi.

#2 Eight-Circle Floral Medallion
Rekaan kedua pula menampilkan Medalion Flora Berbulat Lapan, di mana lapan bulatan bertindih membentuk susunan radial yang menyerupai kelopak bunga mekar.
Dalam falsafah Arab, susunan ini melambangkan penciptaan dan keseimbangan alam. Dihiasi dengan motif palmet dan bunga teratai, wafer ini menyerlahkan keanggunan simetri yang mencerminkan kesucian rohani dan kecantikan yang bersifat sakral – menjadikannya satu penghormatan kepada seni klasik yang masih relevan hingga kini.
Lebih Daripada Sekadar Emas
Apa yang membezakan koleksi Ferdous 999.9 ini adalah pendekatan yang bukan hanya tertumpu pada nilai emas itu sendiri, tetapi juga pada nilai budaya dan artistik yang dibawanya. Setiap perincian dalam rekaan adalah hasil interpretasi moden terhadap unsur seni Arab, menjadikan koleksi ini bukan sekadar cantik dipandang tetapi juga kaya dengan naratif sejarah dan estetika yang mendalam.
Bagi yang berminat, Koleksi Wafer Emas 999.9 Ferdous kini boleh didapati di semua butik HABIB terpilih dan juga secara atas talian. Jika anda sedang mencari hadiah yang eksklusif atau simbolik untuk meraikan sesuatu yang bererti, koleksi ini mungkin jawapan yang anda cari.