Naelofar Memperkenalkan nPower Hoodie Vest Hijab – Koleksi Pakaian Aktif Yang Moden Dan Sopan
Lina Rosli
Naelofar terus memperkukuh posisinya sebagai jenama hijab kontemporari yang memahami keperluan wanita moden menerusi pelancaran koleksi terbaharu, nPower Hoodie Vest Hijab. Dicipta khas untuk wanita aktif yang mengutamakan keselesaan, fungsi dan kesopanan, koleksi ini hadir sebagai penyelesaian praktikal untuk mereka yang menjalani gaya hidup dinamik.
Menggabungkan rekaan hoodie, inner dan vest dalam satu rekaan serba guna, nPower Hoodie Vest Hijab direka menggunakan fabrik cotton nylon mesh yang ringan, bertekstur dan mudah bernafas – memastikan si pemakai kekal selesa walaupun ketika melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi.

Rekaan Bersepadu Untuk Keselesaan Dan Gaya
Setiap helaian dilengkapi dengan inner bersaiz bebas dan butang tersembunyi yang membolehkan hoodie disambungkan kepada inner untuk memastikan keselesaan optimum serta penampilan yang kemas. Pemakai juga boleh memilih untuk menggayakan hoodie secara labuh atau dilipat ke belakang mengikut keperluan aktiviti atau gaya peribadi.
Bahagian vest yang dijahit bersama memberikan litupan tambahan di bahagian dada, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari pakaian aktif yang patuh syariah tanpa mengabaikan nilai estetik.

Tersedia Dalam Dua Pilihan Saiz
Untuk memberikan fleksibiliti kepada pengguna, nPower Hoodie Vest Hijab ditawarkan dalam dua pilihan saiz:
- Regular (22 inci): Sesuai untuk aktiviti harian dan senaman ringan, memberikan litupan sederhana dan praktikal.
- Maxi (29 inci): Menyediakan litupan lebih panjang dan menyeluruh untuk mereka yang mengutamakan perlindungan tambahan ketika bersukan mahupun dalam aktiviti luar.

Rekaan ini bukan sahaja sesuai untuk aktiviti kecergasan seperti yoga, joging atau gim, malah cukup versatil untuk kegunaan harian seperti bersiar-siar, membeli-belah ataupun ketika melancong. Dengan gabungan antara gaya kontemporari dan ciri-ciri teknikal yang mementingkan keselesaan serta kesopanan, nPower Hoodie Vest Hijab merupakan pelengkap sempurna kepada almari pakaian aktif wanita Muslim moden.
Bagi yang berminat, nPower Hoodie Vest Hijab dijual pada harga RM109 di kedai atas talian naelofar.com.