SKINMADE Hadir Dengan Produk Pelindung Matahari Mesra Wuduk
Lina Rosli
Pelindung matahari merupakan produk penting yang diperlukan oleh manusia – bagi memastikan kesihatan kulit lebih terjamin. Ini keranan menggunakan pelindung matahari, ia bukan sahaja melindungi kulit dari pada rosak, tetapi juga mengurangkan kesan buruk sinaran UV yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan juga hiperpigmentasi.
Sebagai jenama yang komited dalam memastikan penjagaan kulit individu berada di paras yang optimum, SKINMADE hadir dengan barisan produk yang bukan sahaja berkesan tetapi juga relevan dengan gaya hidup masyarakat moden yang pelbagai.
Untuk pengetahuan anda, SKIND MADE baru-baru ini hadir dengan produk yang direka khas untuk masyarakat Muslim moden – iaitu Skin Miracle Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen.

Ia merupakan pelindung matahari hibrid berwarna yang bukan-kalis air dan pertama dalam rangkaiannya yang mesra wuduk. Dirumus khas agar mudah dicuci dan tidak menyumbat liang pori, ia sesuai untuk pengguna Muslim yang mengutamakan penjagaan kulit tanpa mengabaikan kewajipan wuduk.
Diformulasi dengan Teknologi Penyesuaian Kulit Sejagat milik SKINMADE, pelindung matahari ini menawarkan kemasan ringan dan sekata yang menyesuaikan diri dengan tona semula jadi kulit, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit. Ia turut mengandungi pigmen terkapsul yang memberikan kesan seakan ‘kulit kedua’ tanpa rasa berat pada wajah.
Bukan Sekadar Perlindungan UV – Turut Menangani Penuaan Kulit Dari Peringkat Selular
Skin Miracle tampil dengan teknologi anti-glikasi yang membantu melambatkan proses semula jadi penuaan kulit akibat pembentukan Advanced Glycation End-products (AGEs). Proses ini biasanya dicetuskan oleh gula dan diperburuk oleh pendedahan kepada sinaran UV, yang membawa kepada kehilangan keanjalan, kedutan dan kekusaman kulit.
Dilengkapi dengan sembilan bahan aktif dan kompleks bio-tenaga, Skin Miracle bukan sekadar melindungi, malah meremajakan kulit:
- LIGHTDEFENSE – Meningkatkan pertahanan kulit terhadap sinaran UVA, UVB, cahaya biru dan inframerah.
- Bio-Energizing Complex – Merangsang penghasilan kolagen dan elastin secara semula jadi.
- X50 Anti-Aging Drone – Menyalurkan peptida anti-penuaan secara tepat untuk meningkatkan ketegangan kulit.
- Activys Anti-Glycation – Melambatkan proses glikasi bagi mengekalkan struktur kulit.
- Ameliox – Melindungi kulit daripada tekanan oksidatif dan menambah kelembutan kulit.
Disokong dengan bahan aktif tambahan seperti PHOTOBIOME, Phyto-Exosome, InfraGuard dan SunActin, produk ini menawarkan perlindungan menyeluruh daripada pencemaran serta menyokong kesihatan dan keremajaan kulit.

Dengan pelancaran Skin Miracle, SKINMADE kini menawarkan tiga variasi pelindung matahari untuk memenuhi keperluan pengguna. Pakar kulit dari SKINMADE menyarankan agar pengguna memilih mengikut tekstur, kemasan dan keperluan khusus kulit masing-masing.
Bagi yang berminat, Skin Miracle Broad Spectrum + Blue Light Sunscreen ini ditawarkan pada harga RM250 untuk botol 250ml. Untuk maklumat lanjut, layari www.myskinmade.com.