Inside Scoop Memperkenalkan Menu Baharu – Kek Aiskrim Potong Berperisa Pistachio Chocolate Dan Matcha Tiramisu

June 24, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Kini, Inside Scoop memperkenalkan menu baharu yang unik dan pastinya menarik perhatian ramai iaitu kek aiskrim potong dengan pilihan dua perisa popular:

  • Pistachio Chocolate Slice – Gabungan rasa kacang pistachio yang kaya dengan kelembutan coklat, menghasilkan keseimbangan rasa yang memikat.
  • Matcha Tiramisu Slice – Perisa unik yang menggabungkan rasa teh hijau Jepun bersama elemen tiramisu yang berkrim dan menyegarkan.

Untuk kek aiskrim potong ini, ia menampilkan kek yang dilapiskan dengan aiskrim vanilla dan kemudiannya dipadankan dengan pilihan aiskrim kedua sama ada coklat ataupun matcha. Pada bahagian tengah kek pula, ia dilengkapkan dengan kacang hazelnut.

Kek aiskrim potong ini direka khusus untuk memudahkan pelanggan menikmati pencuci mulut berkualiti tinggi dalam saiz yang lebih kecil dan mudah dihidangkan. Ia sesuai dijadikan sebagai snek peribadi, pencuci mulut selepas makan, atau sebagai hadiah ringkas kepada yang tersayang.

Buat masa ini, kek aiskrim potong Inside Scoop hanya ditawarkan dalam kawasan Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut atau pembelian, pelanggan boleh merujuk saluran rasmi Inside Scoop.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd