Cadbury Memperkenalkan Resepi Baharu Yang Lebih Kaya Dengan Coklat – Turut Hadir Dengan Saiz Bar Yang Lebih Besar

June 26, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Cadbury Dairy Milk kini tampil dengan inovasi terbaharu yang mana mereka kini menawarkan resipi baharu untuk bar coklat kegemaran ramai ini. Ia hadir dengan rasa yang lebih kaya, lebih berkrim dan lebih memikat setiap deria rasa.

Dengan pelancaran Cadbury Dairy Milk versi baharu ini, para penggemar coklat kini boleh menikmati rasa yang lebih indulgent, berserta bentuk potongan baharu yang lebih memuaskan dalam setiap gigitan. Turut diperkenalkan ialah saiz King Size 200g – sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Untuk pengetahuan anda, coklat Cadbury ini dihasilkan di kilang Cadbury di Shah Alam oleh lebih 250 pembuat coklat tempatan. Kilang ini telah mendapat pensijilan Halal JAKIM sejak tahun 1994 dan mematuhi piawaian keselamatan makanan yang ketat.

Bukan itu sahaja, Cadbury juga komited terhadap kelestarian yang mana mereka menggunakan pek pembungkusan yang boleh dikitar semula – selain turut hadir dengan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta penggunaan koko mampan melalui program global Cocoa Life oleh Mondelēz International.

Untuk meraikan pelancaran ini, Cadbury memperkenalkan Cadbury Purple Truck – satu jelajah istimewa ke seluruh negara bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2025. Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik, mencuba sampel coklat baharu dan merasai sendiri keunikan rasa baharu Cadbury Dairy Milk sambil menikmati momen bersama orang tersayang.

Bagi yang berminat, Cadbury Dairy Milk baharu kini boleh didapati di seluruh negara, termasuk dalam saiz King Size 200g. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan aktiviti, layari facebook.com/CadburyMalaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd