Luckin Coffee Kini Hadir Dengan Menu Oat Matcha Latte – Harga Promosi RM9.90 Sahaja
Lina Rosli
Khusus untuk anda peminat matcha dan juga sedang mencari minuman alternatif tanpa tenusu, nampaknya anda boleh menambah menu baharu daripada Luckin Coffee ke dalam senarai minuman yang perlu dicuba.
Ini kerana, Luckin Coffee kini hadir dengan Oat Matcha Latte baharu – yang menampilkan kombinasi antara minuman oat yang lembut dengan rasa matcha yang berani dan menyegarkan.


Sama ada anda pilih versi panas atau ais, minuman ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa kerana ia menawarkan rasa yang seimbang.
Bagi yang berminat untuk mencuba, minuman ini sudahpun mula ditawarkan pada harga promosi RM9.90 sahaja – namun dalam tempoh waktu yang terhad iaitu mulai 4 Julai sehinggan 10 Julai 2025. Jadi, jangan ketinggalan untuk menjadi antara yang pertama mencubanya.