Café Mesra Menawarkan Pilihan Kopi Berkualiti Bawah RM10 Di Lokasi Strategik
Lina Rosli
Untuk anda yang memerlukan sekurang-kurangnya secawan kopi yang berkualiti untuk memulakan hari anda, pastinya anda sering mengalami kesukaran untuk memilih kedai yang sesuai bagi memenuhi keperluan anda.
Tidak dinafikan, di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kafe dan kedai kopi yang boleh anda kunjungi – yang juga menawarkan kopi berkualiti tinggi. Akan tetapi mungkin terdapat beberapa faktor yang mungkin menyukarkan anda untuk sama ada berkunjung atau mendapatkan minuman dari rata-rata kedai ini.
Untuk pengetahuan anda, Café Mesra yang juga merupakan sub-jenama bagi kafe konsep dibawah jenama Petronas Dagangan Sdn Bhd sebenarnya menawarkan kopi berkualiti tinggi yang disediakan oleh barista, dan kesemuanya ditawarkan pada harga di bawah RM10.

Dana apa yang lebih menarik adalah untuk Café Mesra ini, ia terletak di lokasi yang tidak disangka-sangka seperti hentian MRT, lobi muzium dan kawasan rehat di lebuh raya. Dengan pemilihan lokasi-lokasi strategik ini, ia bukan sahaja memastikan anda dapat menikmati kopi segar pada bila-bila masa tetapi juga memudahkan anda untuk mengaksesnya pada setiap kali perjalanan ke sesuatu tempat.
Tidak kira sama ada anda sedang berulang-alik, bercuti, atau bersiar-siar menikmati keindahan bandar, anda kini boleh menikmati kopi premium tanpa perlu mengorbankan bajet harian.
Antara barisan pilihan kopi yang ditawarkan termasuklah cappuccino, latte, flat white dan pelbagai lagi pilihan boleh didapati pada harga yang berpatutan — yang mana kebanyakannya di bawah RM10 dan semuanya menepati citarasa.
Untuk berkunjung ke Café Mesra ini, berikut merupakan beberapa lokasi terpilih yang menawarkan pengalaman kopi berkualiti dengan harga yang lebih mampu milik:
Café Mesra di ExxonMobil KLCC
Terletak di pinggir Taman KLCC, kafe berkonsepkan treler ini menjadi lokasi persinggahan popular selepas aktiviti riadah. Mana tidaknya, kafe ini menawarkan pengalaman menghirup kopi berkualiti dan pastri segar di tengah suasana taman.
Lebih-lebih lagi untuk anda yang ingin berehat selepas berjoging atau bersiar-siar, anda boleh menikmati secawan Cappuccino pada harga RM8 atau Iced Latte pada harga RM10.
Minuman ini boleh dipadankan dengan pilihan seperti Classic Doughnut (RM3.90) atau Jumbo Croissant (RM6.00) yang pasti menyempurnakan selera anda.

Café Mesra di MRT Ampang Park
Lokasi ini bukan sekadar tempat persinggahan biasa, malah menjadi destinasi pilihan untuk mendapatkan kopi dan pastri enak sebelum meneruskan perjalanan harian.
Antara pilihan yang tersedia ialah Flat White dan Iced Americano yang masing-masing berharga RM8. Kedua-duanya boleh digandingkan dengan Red Bean Doughnut (RM4.10) atau Garlic Chive Bagel (RM8.70).
Kafe ini menyediakan kemudahan bagi mereka yang mencari sajian kopi dan pastri yang ringkas, lazat dan berpatutan.

Café Mesra di The Horizon, Bangsar South
Terletak di kawasan pejabat moden, kafe ini menjadi pilihan ramai pekerja profesional untuk berehat seketika. Sama ada untuk memulakan hari atau menenangkan fikiran selepas mesyuarat, pelanggan boleh menikmati Vanilla Latte (RM9) atau Hot Americano (RM6).
Minuman ini sesuai dipadankan dengan Coffee Mexico Bun (RM4.50) atau Donat Ikan Bilis (RM4.10), menjadikannya pilihan ideal bagi waktu minum pagi atau petang.

Café Mesra di Petrosains, Aras 4 KLCC
Seterusnya, sebuah lagi Café Mesra ini dibuka di dalam ruang Petrosains. Pemilihan lokasi kafe ini amat sesuai untuk pengunjung yang ingin mengisi perut sebelum atau selepas meneroka dunia sains.
Sama ada anda datang bersama rombongan atau bercuti bersama keluarga, terdapat pelbagai pilihan menarik seperti Hot Chocolate (RM8) dan Matcha Latte (RM9), yang boleh digandingkan dengan Smoked Chicken dan Cheese Sandwich Meltz (RM10.10).
Kafe ini menawarkan padanan sempurna antara aktiviti pembelajaran, hidangan enak dan kopi yang berkualiti.

Café Mesra di R&R Ayer Keroh Arah Utara
Jika anda sudah bosan dengan kopi yang hambar di hentian lebuh raya, kafe ini pasti mengubah tanggapan anda. Sama ada anda dalam perjalanan pulang dari Melaka atau baru memulakan perjalanan, Café Mesra di R&R Ayer Keroh Arah Utara menyajikan kopi premium yang menyegarkan.
Antara pilihannya termasuk Americano (RM6), Latte (RM8), Double Chocolate Muffin (RM6.90), serta Chicken Sausage Doughnut (RM4.30).

Bagaimana? Mudah, bukan? Seperti yang anda lihat, setiap cawangan menawarkan pilihan kopi berkualiti lebih mudah diakses oleh semua – selain turut ditawarkan pada harga yang kekal berpatutan. Dalam suasana ekonomi semasa yang menyaksikan kenaikan kos barangan, Café Mesra tampil dengan inisiatif untuk menurunkan harga semua menu minuman bermula 1 Jun yang lalu.
Minuman kegemaran ramai seperti latte, americano dan teh ais kini boleh dinikmati pada harga serendah RM4, dengan sebahagian besar menu kekal di bawah RM10.
Di mana jua anda berada, Café Mesra membuktikan bahawa kopi hasil air tangan barista tidak semestinya mahal atau sukar diperoleh. Ia hanyalah kopi yang enak, disediakan secara segar, dan tersedia untuk dinikmati pada bila-bila masa.