Mixue Bawa Kembali Menu Sundae Dan Aiskrim Berperisa Coklat – Ditawarkan Dalam Tempoh Masa Terhad
July 3, 2025
Makanan & Minuman
Lina Rosli
Mixue menawarkan kembali menu berasaskan koko – khusus untuk penggemar hidangan coklat. Untuk siri coklat ini, anda boleh memilih sama ada untuk mencuba sundae yang digandingkan bersama boba ataupun biskut.
Antara menu yang ditawarkan adalah:
- Chocolate O-Cookies Sundae (RM5.00)
- Chocolate Boba Sundae (RM5.00)
- Aiskrim Coklat (RM2.00)
- Aiskrim Campuran Coklat dan Vanilla (RM2.00)

Menurut MIXUE menu berasaskan coklat ini ditawarkan dalam tempoh terhad iaitu bermula 1 hingga 15 Julai 2025.
Memandangkan promosi ini berlangsung hanya dua minggu, pengunjung disarankan untuk datang awal ke cawangan MIXUE berhampiran.