Kinokuniya Bakal Buka Cawangan Kedua Di Pavilion Damansara Heights

July 7, 2025
Pusat Beli-Belah

Lina Rosli

Selepas bertahun menjadi destinasi utama pencinta buku di Suria KLCC, Kinokuniya akhirnya bakal membuka cawangan kedua mereka di Malaysia.

Berdasarkan perkongsian di media sosial rasmi Kinokuniya, lokasi kedua Kinokuniya terletak di pusat membeli-belah utama di Damansara Heights iaitu Pavilion Damansara Heights – di aras 4.

Setakat ini, tarikh pembukaannya untuk cawangan baharu Kinokuniya ini masih belum dikongsikan lagi. Namun, ia dijangka akan dibuka dalam masa terdekat.

Dengan penambahan lokasi baharu untuk Kinokuniya ini, ia sekaligus memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung untuk merasai pengalaman membeli buku dalam suasana eksklusif dan selesa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd