Crocs Hadir Dengan Koleksi Baharu Untuk Classic Crafted Clog – Menampilkan Pilihan Kasut Yang Diperbuat Daripada Fabrik Lembut

July 7, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Baru-baru ini, Crocs dilihat telah hadir dengan sebuah koleksi baharu untuk Classic Crafted Clog – yang mana versi ikonik clog ini hadir dengan kemasan kanvas lembut yang diperbuat 100% daripada tekstil.

Masih mengekalkan elemen ikonik Crocs, kasut ini dilihat menggunakan kanvas ‘washed‘ pada bahagian atas kasut – sekaligus menjadikan kasut ini bukan sahaja tampak kasual tetapi juga selesa untuk dipakai untuk tempoh yang lama.

Dipadankan dengan tapak Croslite, ia turut menjadikan kasut ini lebih tahan lama dan sesuai untuk digunakan pada bila-bila keadaan cuaca.

Khusus untuk anda yang mungkin menggemari elemen personalization pada kasut anda, Classic Crafteed Clog yang baharu ini turut menawarkan pilihan Jibbitz yang boleh dipasang pada tali belakang kasut.

Bagi yang berminat, Classic Crafted Clog ini hadir dalam empat pilihan warna iaitu Black Sans, Stucco, Aloe dan juga warna Pink Caramel. Dari segi rekaan, kasut ini juga masih mengekalkan ciri-ciri utama Crocs seperti reka bentuk yang ringan, fleksibel dan juga selesa – selain turut menawarkan kemasan tali belakang yang memastikan pemakaian kasut adalah lebih kemas dan tidak mudah tertanggal dari kaki.

Bagi yang berminat, koleksi Classic Crafted Clog yang baharu ini boleh didapati di semua kedai Crocs di seluruh negara ataupun anda boleh melakukan pesanan secara atas talian menerusi laman web rasmi crocs.com.my pada harga bermula RM339 sepasang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd