The Coffee Bean & Tea Leaf Memperkenalkan Cookie Cups – Minuman Dalam Cawan Boleh Dimakan

July 8, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharu mereka menerusi pelancaran Cookie Cups – menu yang menggabungkan minuman dan biskut dalam satu hidangan.

Menurut The Coffee Bean & Tea Lead, Cookie Cups menampilkan konsep snek serba baharu – iaitu cawan yang diperbuat daripada biskut tahan haba dan boleh dimakan sepenuhnya.

Terdapat dua pilihan rasa untuk Cookie Cup iaitu Cortado Cookie Cup yang menggabungkan rasa espresso yang kaya dan susu berkrim, sesuai untuk penggemar kopi yang menginginkan keseimbangan rasa. Dan, Chocolate Cookie Cup, pilihan minuman berasaskan coklat yang lebih manis dan memuaskan selera, khusus buat pencinta pencuci mulut.

Dengan pelancaran Cookie Cups ini, The Coffee Bean & Tea Leaf bukan sahaja menambah variasi dalam menu mereka, malah terus mengukuhkan kedudukan sebagai jenama yang sentiasa mendahulukan kreativiti dan kelestarian dalam pengalaman pelanggan.

Bagi yang berminat untuk mencuba Cookies Cup ini, ia kini tersedia di semua rangkaian The Coffee Bean & Tea Leaf pada harga RM18.90 sahaja.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd