Continental Hadir Dengan Dua Model Tayar Baharu Yang Memfokuskan Penjimatan Bahan Api – EcoContact 6 Dan EcoContact 6Q
Lina Rosli
Continental kini memperluaskan penawarannya di Malaysia dengan pelancaran dua model terbaharu – EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.
Untuk kedua-dua tayar ini, ia direka khas untuk memenuhi keperluan kenderaan petrol, hibrid dan elektrik yang mana ia menggabungkan teknologi terkini bagi memastikan kecekapan bahan api yang optimum, cengkaman mantap dan keselesaan maksimum sepanjang pemanduan.

Menurut Continental, EcoContact 6 direka dengan sebatian silika berteknologi tinggi yang mengurangkan rintangan golekan dan seterusnya menurunkan pengeluaran karbon dioksida.
Reka bentuk rib asimetri dan geometri sipe tayar pula memastikan cengkaman unggul serta kestabilan di atas permukaan basah dan kering. Hasilnya, pemandu boleh menikmati jarak perjalanan lebih jauh dengan satu isian bahan api atau satu caj penuh.
Sementara untuk tayar EcoContact 6Q pula , ia hadir dengan teknologi pengurangan bunyi terkini. Ini kerana kompaun Advanced Green Chili 2.0 memberikan keupayaan adaptasi terhadap pelbagai keadaan jalan, sekaligus membantu dalam pengurangan bunyi serta peningkatan kecekapan.
Ia juga hadir dengan reka bentuk bunga tayar dan struktur rib asimetri menyumbang kepada kestabilan, terutamanya ketika menukar lorong – memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap dan selesa.

Teknologi ContiSilent Untuk Pengalaman Kabin Yang Tenang
Kedua-dua tayar turut dilengkapi dengan teknologi ContiSilent, yang menggunakan lapisan busa poliuretana untuk menyerap bunyi – mampu mengurangkan kebisingan dalaman hingga 9 dB(A). Teknologi ini menjadikan perjalanan lebih tenang, tanpa mengira permukaan jalan yang dilalui.a
Kini, EcoContact 6 dan 6Q dilihat telahpun menjadi pilihan tayar kilang (OE) bagi jenama-jenama global seperti BMW dan Mercedes-Benz – membuktikan prestasi dan kepercayaannya dalam pasaran automotif antarabangsa. EcoContact 6 memberikan ketahanan maksimum, manakala EcoContact 6Q menawarkan keselesaan tambahan menerusi ciri pengurangan bunyi.
Bagi anda yang berminat, kedua-dua model tayar ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dari 15 hingga 21 inci melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, termasuk platform atas talian seperti Shopee, TNG eWallet, dan Lazada.