CASETiFY Raikan 40 Tahun Dragon Ball Dengan Koleksi Eksklusif Dragon Ball Z
Lina Rosli
Bagi peminat tegar anime ikonik Dragon Ball Z, CASETiFY nampaknya hadir dengan koleksi eksklusif Dragon Ball Z sempena ulang tahun ke-40 siri anime legenda ini.
Untuk koleksi CASETiFY x Dragon Ball Z ini, ia menampilkan watak-watak utama dalam dunia Dragon Ball Z seperti Goku, Vegeta, Gohan, Frieza, Cell dan Majin Buu. Dengan ini, para peminat boleh memilih pelbagai selongsong telefon dan juga aksesori yang diinspirasikan daripada momen-momen ikonik dalam siri tersebut.

Antara yang ditawarkan di dalam kolaborasi ini termasuklah:
- Selongsong Lentikular iPhone Edisi Terhad – Menampilkan babak epik “Father-Son Kamehameha” dari Cell Saga, reka bentuk ini berubah secara dinamik apabila selongsong dimiringkan.
- Set Kotak Premium Dragon Ball Z x CASETiFY Adventurous Journey– Satu set eksklusif yang mengandungi dua selongsong iPhone Silver Mirror dengan Silver Bumper – direka untuk model iPhone 14 hingga 16 Pro Max.
- Selongsong Scouter AirPods Max: Edisi khas atas talian yang diinspirasikan daripada alat pengesan kuasa ikonik (battle power tracker) dalam siri Dragon Ball.


Dengan gabungan elemen klasik dan rekaan premium, koleksi Dragon Ball Z x CASETiFY bukan sahaja menjadi satu bentuk penghargaan terhadap legasi anime ini, malah turut memenuhi citarasa peminat yang mengutamakan gaya dan personaliti dalam aksesori digital harian mereka.
Bagi yang berminat, selongsong telefon edisi terhad CASETiFY x Dragon Ball Z ini ditawarkan pada harga bermula RM359.