La Roche-Posay Memperkenalkan Produk Pelindung Matahari Baharu – Anthelios UVMune 400
Bat
Tahukah anda, Malaysia mencatatkan bacaan indeks UV pada tahap ekstrem hampir separuh tahun? Bacaan UV yang mencecah antara 14 hingga 15 ini bukan sahaja tinggi, malah melebihi paras ekstrem menurut piawaian antarabangsa. Dalam erti kata lain, pancaran matahari di Malaysia adalah sangat panas walaupun langit nampak cerah, tetapi hakikatnya kulit anda mungkin sedang ‘terbakar’ tanpa disedari.
Sinaran UVA khususnya gelombang ultra-panjang, menyumbang 95% daripada pendedahan UV harian. Ia mampu menembusi awan, tingkap, rumah, dan pakaian, lalu mengakibatkan penuaan pramatang, tomplok gelap, dan hiperpigmentasi. Malah, dalam kes jangka panjang, ianya boleh merosakkan DNA kulit.

Untuk membantu rakyat Malaysia melindungi kulit dalam iklim ekstrem ini, La Roche-Posay memperkenalkan rangkaian produk baharu – Anthelios UVMune 400 Anti-Dark-Spots Fluid SPF 50+, sebuah pelindung matahari berinovasi baru yang bukan hanya mempertahankan kulit daripada sinaran UV gelombang panjang, tetapi juga membantu memulihkan tompok gelap sedia ada.
Dua Teknologi Eksklusif Diperkenalkan
Dalam formula ringan dan tidak melekit ini, La Roche-Posay menggabungkan dua inovasi hasil penyelidikan selama bertahun-tahun:
- MEXORYL 400 – Penapis UV paling canggih La Roche-Posay. Memberikan perlindungan terhadap sinar UVA gelombang ultra-panjang, yang dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada 60% proses penuaan akibat cahaya. Ia merupakan hasil penyelidikan selama 10 tahun dengan 25 paten berdaftar.
- MelasylTM – Bahan aktif dipatenkan oleh L’Oréal selepas 18 tahun kajian ke atas lebih 100,000 molekul. MelasylTM bertindak dengan menghalang pembentukan melanin sebelum ia muncul di permukaan kulit. Ia juga membantu memudarkan hiperpigmentasi dengan lembut dan berkesan.

Melindungi dan Merawat – Dalam satu Langkah
Anthelios UVMune 400 bukan hanya sekadar pelindung UV, malah ia dirumus untuk memberi perlindungan menyeluruh sambil merawat kulit secara efektif. Dengan keupayaan mencegah penuaan pramatang dan kemunculan tompok gelap, produk ini juga berfungsi memperbaiki kesan hiperpigmentasi yang sedia ada.
Teksturnya yang ultra ringan, menjadikannya selesa dipakai setiap hari tanpa meninggalkan rasa berminyak atau menyumbat pori. Selain itu, ia mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap air, peluh dan pasir, menjadikannya ideal untuk kegunaan luar. Lebih menarik, ia juga sesuai digunakan sebagai asas perlindungan di bawah solekan, menjadikan rutin harian lebih mudah dan efisien.

La Roche-Posay Anthelios UVMune 400 Anti-Dark-Spots Fluid SPF50+ kini boleh didapatkan di semua farmasi terkemuka dan laman beli-belah dalam talian di seluruh Malaysia.
Untuk hasil yang optimum, gunakannya bersama dengan La Roche-Posay Mela B3 Serum pada waktu malam. Gabungan kedua-dua produk itu akan mencipta satu rutin lengkap yang melindungi kulit.