Nikmati Sajian Popular Dari Pulau Pinang Menerusi Penang Heritage Food Bazaar Di Moxy Putrajaya Dan Courtyard by Marriott Penang

July 15, 2025
Hotel & Pelancongan

Bat

Khusus untuk penduduk di sekitar Putrajaya, kini anda boleh menikmati juadah masakan tradisi warisan Pulau Pinang yang dibawakan secara eksklusif oleh Moxy Putrajaya Hotel dan Courtyard by Marriott Penang.

Jika anda peminat tegar makanan jalanan, inilah peluang anda merasai sendiri hidangan ikonik Pulau Pinang tanpa perlu ke negeri asalnya.

Apa Yang Menarik Di Penang Heritage Food Bazaar?

Sepanjang acara ini berlangsung, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan jalanan klasik yang dimasak secara langsung oleh chef-chef terkemuka dan berpengalaman daripada Courtyard Penang dan Moxy Putrajaya. Antara sajian utama yang dihidangkan termasuk: Penang Char Koay Teow, Mi Kari Putih, Popiah Penang, Nasi Kandar, Pasembur Rojak, dan Mi Udang.

Bukan itu sahaja, banyak lagi makanan menarik yang terdapat di gerai-gerai yang disediakan. pengunjung boleh singgah di Goreng-Goreng Corner, Durian Cendol Bar, dan lebih daripada 10 kaunter aksi langsung yang menawarkan makanan laut, daging bakar, dan pelbagai pencuci mulut tempatan.

Chef-Chef Hebat Di Sebalik Dapur

Acara ini turut memperkenalkan program pertukaran chef yang menampilkan 5 chef berpengalaman tinggi daripada pelbagai latar belakang seperti Chef Jimmy Lim, Chef Muslimin, Chef Ahmad Zaim, Chef John Lee, dan chef jemputan, Chef Rao.

kelima-lima chef ini akan bergabung tenaga untuk menghasilkan bufet yang bukan hanya sedap mata memandang, malah kaya nilai budi.

Suasana Bazaar Yang Menghiburkan

Bukan sekadar makan, Penang Heritage Food Bazaar juga menampilkan persembahan “tarian peranakan” secara langsung dan beberapa permainan nostalgia zaman kanak-kanak. Dengan ini, ia dapat meningkatkan pengalaman menjamu selera pengunjung dan mewujudkan suasana yang menggembirakan.

Acara ini akan dianjurkan setiap hari jumaat hingga sabtu, bertempat di Restoran Three.6.5, Moxy Putrajaya. Bermula 11 hingga 26 Julai 2025, pada 6:30 petang hingga 10:30 malam.

Harga yang ditawarkan:

  • Dewasa – RM138
  • Kanak-kanak – RM69

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, boleh melayari http://www.moxyputrajaya.com/

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd