Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Raikan Ulang Tahun Ke-10
Bat
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menyambut ulang tahun ke-10 mereka – satu dekad membawa pengalaman beli-belah jenama terkenal. Sempena sambutan istimewa ini, pelbagai promosi, ganjaran eksklusif dan aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang bulan Julai ini.
Sepanjang Julai, kawasan Sunshine Square di Aras Bawah MOP KLIA dihiasi dengan warna-warna ceria seperti jingga, merah, merah jambu dan turquoise. Di sini juga pengunjung boleh menikmati hiasan kotak bersaiz besar, belon warna-warni, ruang bergambar, dan permainaan Spin & Win setiap hujung minggu.

Dengan hanya berbelanja RM300 dalam dua resit, pengunjung layak menyertai aktiviti Spin & Win. Antara hadiah menarik termasuk sebelas penerbangan ke Jepun, Penginapan atau buffet makan malam di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu memuat turun aplikasi Mitsui Shopping park MY (MSP MY App) dan menebus peluang spin di lokasi yang disediakan.
Pengguna aplikasi MSP turut menerima keistimewaan tambahan seperti:
- RM10 e-Voucher – boleh ditebus dengan hanya 500 mata (khas pada 25, 26 dan 27 Julai)
- 10x mata ganjaran di kedai terpilih pada tarikh sama
- Diskaun tiket penerbangan Japan Airlines (JAL) – 15% untuk Kelas Ekonomi, 10% untuk Perniagaan dan Premium Ekonomi
Antara kemuncak sambutan ini ialah persembahan kumpulan idola Malaysia, KLP48 yang akan menghiburkan pengunjung pada hari kemuncak sambutan ulang tahun. Bagi yang mempunyai anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk menyertai JAL Origami Hikoki Workshop pada 26 Julai 2025, 2-4 petang. Aktiviti ini terbuka untuk kanak-kanak dan dewasa yang ingin belajar melipat kapal terbang kertas gaya Jepun.

Untuk pengetahuan anda, shuttle percuma akan disediakan dari LaLaport Bukit Bintang City Centre ke MOP KLIA, sepanjang acara berlangsung iaitu pada 19 hingga 20 Julai dan 26 hingga 27 Julai.
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sememangnya bukan sekadar tempat beli-belah. Ia kini menjadi lokasi gaya hidup yang meriah, dengan pengalaman pelbagai budaya dan promosi eksklusif.
Untuk info lebih lanjut mengenai promosi dan acara akan datang, layari https://www.facebook.com/MOPKLIA