Ayam Brand Ubah Perspektif Tentang Kacang Panggang Menerusi Pengenalan Resipi Masakan Citarasa Malaysia

July 18, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Baru-baru ini, Ayam Brand telah memperkenalkan cara baharu menikmati kacang panggang menerusi kempen Makan Lain Macam – yang menampilkan resipi berasaskan citarasa tempatan serta diinspirasikan oleh kepelbagaian budaya makanan rakyat Malaysia.

Sering dikaitkan dengan sajian Barat, kacang panggang kini diberi sentuhan baharu – disesuaikan dengan keunikan resipi Melayu, Cina dan India, menjadikannya lebih mesra selera tempatan serta sesuai dijadikan pelengkap hidangan harian.

Tersedia dalam tiga varian Original, Light dan Keju, Kacang Panggang Ayam Brand mengekalkan rasa klasik yang enak dan mengenyangkan. Antara resipi pilihan yang diketengahkan termasuklah:

  • Lempeng Kelapa Sardin & Sambal Kacang Panggang – lempeng lembut yang dipadankan dengan sardin dan sambal kacang berperisa pedas.
  • Kacang Panggang Masala – gabungan rempah India dan kacang panggang, sesuai dimakan bersama roti atau nasi.
  • Kacang Panggang Brais dengan Ayam & Telur Mata – sajian gaya Cina dengan ayam empuk dan telur mata dalam kuah kacang yang kaya rasa.

Bagi yang berminat untuk mencuba Kacang Panggang Ayam Brand yang baharu ini, ia didatangkan dalam dua saiz iaitu 230g dan 425g. Untuk mendapatkannya, ia kini boleh didapati di semua pasar raya utama serta di platform atas talian melalui kedai rasmi Ayam Brand di Shopee dan Lazada.

Untuk lebih banyak idea resipi tempatan, layari www.ayambrand.com.my/recipes, atau ikuti Ayam Brand di Instagram dan Facebook.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd