The Food Merchant Kini Dibuka Di Pusat Beli-Belah IOI Damansara Selepas Kejayaannya Di Pavilion Bukit Jalil

July 21, 2025
Pusat Beli-Belah

Bat

Sempena pembukaan pusat beli-belah IOI Damansara pada 17 Julai, nampak gayanya jenama pasaraya The Food Merchant tidak ketinggalan dalam memperluaskan penawaran mereka kepada penduduk sekitar Kota Damansara.

Terletak di tengah-tengah Kota Damansara, pasaraya berkonsepkan gourmet ini menjanjikan pengalaman beli-belah yang berbeza. Anda boleh menemui pelbagai jenis produk antarabangsa, hasil segar berkualiti tinggi, dan pilihan makanan tempatan yang digemari ramai. Cawangan ini juga merupakan trasnformasi daripada jenama Village Grocer sebelum ini.

Bagi meraikan pembukaan rasmi ini, pelbagai promosi eksklusif ditawarkan dari 17 Julai hingga 10 Ogos. Antara tawaran termasuk beg cenderahati eksklusif, diskaun tawaran khas dan Pesta Jepun. Anda boleh mencuba pelbagai makanan autentik Jepun seolah-olah anda sedang berada di Tokyo.

Bagi memudahkan pelanggan, The Food Merchant turut menyediakan perkhidmatan pembungkus hadiah secara percuma, parkir troli percuma, perkhidmatan potongan daging percuma, dan program keahlian “Yes I Do!”, untuk ganjaran eksklusif.

Bagi anda yang tidak mengetahui, The Food Merchant diasaskan pada tahun 2021 dengan cawangan pertama di Pavilion Bukit Jalil. Ia diterajui oleh pasukan yang turut bertanggungjawab menjayakan Village Grocer, iaitu jenama pasaraya terkenal dengan lebih 30 cawangan di seluruh negara.

Untuk maklumat program lebih lanjut, boleh melayari thefoodmerchant.com.my

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd