Koleksi Shapes of Time Oleh Sunday Bedding x Shan Shan Lim Tampilkan Sentuhan Ketenangan Dalam Ruang Tidur
Bat
Jenama cadar premium Sunday Bedding daripada Singapura kini memperluaskan kolaborasi eksklusif pertamanya di Malaysia. Ia dilancarkan secara rasmi di Suite17, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Koleksi Shapes of Time merupakan hasil kerjasama antara Sunday Bedding dan Shan Shan Lim.

Untuk rekaan koleksi ini, ia diinspirasikan daripada pengalaman residensi seni Shan Shan di Mykonos, yang memperlihatkan bentuk batuan, ritma lautan dan ketenangan pulau dalam bentuk lukisan tangan yang kemudian diolah secara digital. Hasilnya, koleksi ini menyerlah dengan motif organik dalam tona Dusty Lilac yang lembut, menjadikan persekitaran bilik tidur kelihatan tenang.
Semua helaian dalam koleksi ini diperbuat daripada 100% Bamboo Sateen, iaitu sejenis fabrik mewah yang ringan berkilauan, sangat lembut, sejuk, menyerap peluh dan tidak mudah berkedut. Fabrik ini sangat sesuai untuk mereka yang mudah berpeluh atau mengutamakan keselesaan semula jadi kerana ia mudah dijaga dan tahan lama.

Sunday Bedding turut mengekalkan nilai kelestarian dalam koleksi ini. Fabrik buluh yang digunakan adalah karbon-negatif, menggunakan 80% kurang air berbanding kapas, dan tidak memerlukan baja atau pengairan tambahan. Kesemua produk diperakui MADE IN GREEN oleh OEKO-TEX. Justeru, ia dihasilkan di fasiliti yang bertanggungjawab dari segi alam sekitar dan dijamin bebas daripada bahan berbahaya.

Koleksi Shapes of Time ini sudahpun boleh mula dibeli melalui laman rasmi mereka, di platform Shopee, dan juga di kedai konsep Unplug.
Harga yang ditawarkan:
- Satu set cadar lengkap: RM838 – RM1,208
- Cadar bergetah: dari RM250
- Sarung selimut: dari RM450
- Sepasang sarung bantal: RM138