MyKori Kini Kembali Dengan Versi Baharu – Menampilkan Pilihan Kakigori Yang Lebih Lazat Dan Saiz Hidangan Yang Lebih Besar
Lina Rosli
MyKori kini kembali dengan wajah baharu yang lebih segar dan menarik. Setelah beberapa perubahan dilakukan, jenama pencuci mulut tempatan ini memperkenalkan versi terkini kakigori mereka yang bukan sahaja tampil dengan bentuk baharu, tetapi juga menawarkan saiz hidangan yang lebih besar serta pilihan topping yang lebih melimpah.
Inisiatif penambahbaikan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MyKori untuk memberikan pengalaman menikmati kakigori yang lebih memuaskan kepada pelanggan. Dengan perubahan pada struktur ais yang lebih stabil dan tekstur yang lebih halus, setiap hidangan kini bukan sahaja sedap dipandang tetapi juga kekal sejuk lebih lama – sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.


Selain penampilan baharu, MyKori turut memperkenalkan beberapa perisa baharu yang pastinya memikat hati para pelanggan yang gemar meneroka citarasa baharu. Hidangan ini turut disertakan dengan pelbagai pilihan side condiments, memberikan lebih banyak kombinasi rasa dan tekstur yang boleh dinikmati mengikut selera masing-masing.
Sama ada dinikmati secara berkongsi bersama rakan dan keluarga, ataupun seorang diri, kakigori baharu daripada MyKori menjanjikan pengalaman pencuci mulut yang lebih memuaskan dan menyeronokkan.

Bagi mereka yang sudah lama tidak berkunjung ke MyKori, inilah masa yang sesuai untuk merasai sendiri pembaharuan ini. Dengan komitmen terhadap kualiti dan inovasi, MyKori terus membuktikan bahawa mereka bukan sekadar menawarkan pencuci mulut biasa tetapi satu pengalaman yang berbaloi untuk dinikmati.