AKASO 360 – Kamera Aksi 360 Serba Baharu, Khusus Untuk Para Pencipta Kandungan

July 29, 2025
Gajet

Bat

Jenama kamera aksi popular AKASO secara rasmi melancarkan kamera aksi terbaharu mereka, AKASO 360 untuk pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan anda, AKASO 360 ini hadir dalam bentuk saiz poket yang kompak dan ringan menjadikannya sesuai untuk pencipta kandungan moden yang mahukan rakaman 360 darjah berkualiti tinggi serta kemudahan suntingan pantas terus dari telefon pintar.

AKASO 360 menyokong rakaman video 360° pada resolusi 5.7K serta gambar pegun sebesar 72MP menerusi dwi-sensor 48MP. Ia turut membawakan teknologi reframe later” yang membolehkan pengguna merakam terlebih dahulu dan memilih sudut atau orientasi rakaman selepas itu – tanpa perlu merakam semula.

Dengan ini, sama ada kandungan untuk TikTok, paparan skrin penuh atau gaya sinematik landskap, semua boleh dilakukan melalui penyesuaian selepas rakaman.

Bukan itu sahaja, AKASO 360 juga dilengkapi dengan sistem AI Tracking untuk pengesanan subjek automatik, memastikan subjek sentiasa kekal dalam bingkai meskipun sedang bergerak. Bagi rakaman aktiviti ekstrem, fungsi 360 Horizon Lock pula berfungsi untuk menstabilkan imej walaupun kamera dipusingkan atau digerakkan dalam pelbagai arah.

Menariknya, pengguna turut boleh menghasilkan rakaman seakan pandangan dron dengan bantuan teknologi rakaman 360 yang tersedia.

Dari segi antaramuka, AKASO 360 menampilkan skrin sentuh bersaiz 2.29-inci yang memudahkan navigasi kawalan dan tetapan kamera. Melalui aplikasi AKASO 360, rakaman boleh disunting dan dikongsikan terus dari telefon pintar – tanpa memerlukan komputer riba atau peranti tambahan.

Bagi yang berminat AKASO 360 ditawarkan dalam dua pilihan:

  • Standard Combo – Harga biasa RM999, kini promosi RM899 sehingga 31 Ogos 2025
  • Creator Combo – Harga RM1099, dengan jaminan tambahan 1+1 bulan jika dibeli sebelum 30 September 2025

Kamera ini boleh didapati menerusi platform e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd