Hourglass Memperkenalkan Revolusi Produk Solekan Mata Baharu Khas Untuk Menyerlahkan Personaliti
Bat
Jenama alat solek mewah, Hourglass Cosmetics, terus merevolusikan dunia solekan mata menerusi pelancaran koleksi baharu yang meraikan seni ekspresi kendiri. Koleksi ini mengetengahkan gabungan antara gaya dan inovasi, melalui pelancaran eksklusif Curator Eyeshadow Palette serta Unlocked Instant Extensions Mascara dalam rona terkini, Espresso.

Curator Eyeshadow Palette – Cerminan Emosi dan Gaya Peribadi
Direka untuk menyerlahkan pelbagai emosi serta personaliti, palet ini hadir dengan formula vegan, bebas talkum, mudah diadun dan tahan lama – menjadikannya pilihan yang ideal bagi mereka yang menghargai solekan berkualiti tinggi yang selesa digunakan.
Palet ini ditawarkan dalam enam variasi tona yang menggambarkan personaliti tersendiri:
- Curator Eyeshadow Palette in Minimalist (Universal Mattes) – Tona matte sejagat untuk definisi yang bersih dan semula jadi.
- Curator Eyeshadow Palette in Realist (Multidimensional Neutrals) – Pilihan neutral berlapis dengan kemasan matte dan berkilau untuk hasil solekan yang versatil.
- Curator Eyeshadow Palette in Idealist (Dreamy Rose Tones) – Menggabungkan nada warna merah dan merah jambu mutiara yang lembut dan feminin.
- Curator Eyeshadow Palette in Expressionist (Elevated Metallics) – Kilauan metalik yang menyerlah, ideal untuk penampilan yang menarik perhatian.
- Curator Eyeshadow Palette in Modernist (Sophisticated Smoky Plums) – Tona smokey plum yang sesuai untuk gaya yang moden dan berani.
- Curator Eyeshadow Palette in Futurist (Warm Bronze Shades) – Kombinasi warna chrome dan silver yang memberikan sentuhan solekan tampak futuristik.
Setiap palet dijual pada RM395 dan direka untuk digunakan bersama sistem isi semula Curator, membolehkan pengguna menyesuaikan pilihan rona mengikut cita rasa dan gaya peribadi.

Unlocked Instant Extensions Mascara – Kini Dalam Rona Espresso
Melengkapkan koleksi ini ialah pelancaran rona baharu bagi produk maskara ikonik Hourglass – Unlocked Instant Extensions Mascara, kini dalam Espresso, rona coklat gelap yang memberikan definisi yang lembut dan semula jadi. Rona ini sesuai bagi mereka yang gemar akan solekan bergaya minimalis tetapi masih ingin tampil menyerlah.
Diformulasikan dengan teknologi tubing dan filem mikro, maskara ini mampu memanjangkan dan melentikkan bulu mata, serta bertahan sehingga 12 jam tanpa comot. Ia juga boleh ditanggalkan dengan mudah hanya menggunakan air suam, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian.

Maskara ini boleh didapati pada harga RM160, dan menariknya, sebanyak 5% daripada keuntungan jualan akan disalurkan kepada Nonhuman Rights Project, sebuah organisasi yang memperjuangkan hak dan kebajikan haiwan bukan manusia.
Curator Eyeshadow Refills – Komitmen Terhadap Kelestarian dan Peribadi
Meneruskan usaha ke arah kecantikan yang lestari dan boleh diperibadikan, Hourglass turut memperkenalkan lapan rona baharu ke dalam koleksi isi semula Curator Eyeshadow, sekaligus meluaskan lagi pilihan kepada pengguna.
Warna baharu ini terdiri daripada warna Lit, Zen, Sly, Oak, Awe, Tea, Vow dan Owl – menjadikan jumlah keseluruhan 40 rona dalam koleksi ini. Setiap rona hadir dalam empat kemasan utama iaitu: matte, satin, shimmer dan metalik.
Setiap isi semula dijual pada harga RM120, manakala bekas palet boleh dibeli berasingan pada harga bermula RM105 hingga RM225, bergantung pada saiz (untuk satu, tiga, atau lima pan).
Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, kesemua produk dalam koleksi baharu ini – termasuk Curator Eyeshadow Palette, Unlocked Instant Extensions Mascara dalam rona Espresso, serta pilihan Curator Eyeshadow Refills – kini boleh didapati secara eksklusif di Sephora Malaysia dan juga menerusi platform atas talian.