The Curve Merdeka Food Run 2025 Kembali Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

August 1, 2025
Famili

Bat

Atas permintaan ramai, The Curve Merdeka Food Run 2025 kembali lagi untuk meraikan semangat kemerdekaan dan pelbagai makanan cita rasa rakyat Malaysia, daripada satay kuah kacang hinggalah ke karipap berinti kari rangup dan menggoda selera.

Festival larian sejauh 5 kilometer ini akan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 30 Ogos 2025, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara. Selepas mencatatkaan lebih 1,500 penyertaan pada tahun lalu, acara kali ini bakal dianjurkan secara besar-besaran, lengkap dengan penambahan pelbagai makanan untuk memuatkan kehadiran melebihi 3,000 peserta.

Acara ini diasaskan atas komitmen kukuh pihak the Curve dalam mempromosikan gaya hidup sihat sambil meraikan kebanggan budaya tempatan serta hubungan era dalam kalangan komuniti. Acara the Curve Merdeka Food Run ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, mahupun usia – sama ada keluarga, rakan-rakan sebaya, mahupun rakan sekerja.

Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung sepanjang program, termasuk persembahan bertemakan perayaan, pameran kebudayaan, serta penglibatan langsung daripada maasyarakat setempat.

Selain berpeluang menikmati pelbagai juadah tradisional Malaysia, peserta juga boleh menyertai cabutan bertuah dengan hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 yang akan diumumkan pada penghujung acara.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai acara ini, pendaftaran kini dibuka sehingga 3 Ogos 2025. Pendaftaran secara berkumpulan yang mengandungi empat orang peserta akan menerima diskaun istimewa sebagai galakan penyertaan bersama.

Pihak syarikat atau organisasi juga digalakkan untuk mengambil bahagian melalui pakej korporat yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila layari laman sesawang rasmi di www.thecurve.com.my atau HeyJom.com. Anda juga boleh mengikuti perkembangan acara di laman Facebook dan Instagram the Curve.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd