PRISM+ Hadir Dengan Penyaman Udara Inverter Pertama Luna Eco Dan Siri Penulen Udara Nexa Untuk Rumah Lebih Selesa Dan Pintar
Lina Rosli
PRISM+ kini memperluaskan penawaran produknya dengan pelancaran dua inovasi baharu – PRISM+ Luna Eco iaitu penyaman udara inverter pertama mereka dan juga siri penulen udara pintar PRISM+ Nexa.
Untuk PRISM+ Luna Eco, ia ditawarkan dalam tiga kapasiti iaitu 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP dengan keupayaan penyejukan sehingga 18,000 BTU/jam. Menariknya, model ini menggunakan teknologi inverter bersama penarafan tenaga 4-Bintang, yang menjanjikan penjimatan tenaga sehingga 37% berbanding unit bukan inverter.

Bukan itu sahaja, penyaman udara ini juga dilengkapi dengan gas penyejuk mesra alam R32 – yang menjadikan Luna Eco bukan sahaja lebih efisien dari segi tenaga, malah memberi kesan alam sekitar yang lebih rendah.
| Model | Kuasa (HP) | Kapasiti Penyejukan | Kawasan Disyorkan | Harga (Selepas Diskaun) |
|---|---|---|---|---|
| Luna Eco 1.0HP | 1.0 | 9,500 BTU/j | 172 kaki persegi | RM899 |
| Luna Eco 1.5HP | 1.5 | 12,000 BTU/j | 248 kaki persegi | RM999 |
| Luna Eco 2.0HP | 2.0 | 18,000 BTU/j | 431 kaki persegi | RM1,499 |

Ciri-Ciri Pintar Pada PRISM+ Luna Eco
Selain itu, Luna Eco turut hadir dengan sistem kawalan iklim pintar untuk kediaman anda. Antara ciri menarik termasuk:
- 4-Arah Aliran Udara – Penyejukan sekata ke seluruh bilik dengan fungsi hayunan mendatar dan menegak.
- Penapis Udara Pelbagai Lapisan – Menggunakan gabungan penapis Aktif Karbon, Anion, Vitamin C dan Catechin untuk menyah bau, bakteria, habuk serta pencemar.
- Fungsi Anti-Kulat – Khusus untuk iklim lembap Malaysia, fungsi ini menghalang pertumbuhan kulat dan menjaga kesihatan sinus.
- Sokongan Aplikasi PRISM+ Connect – Automasi pintar melalui tetapan lokasi, jadual masa dan kawalan jauh.
- Refrigeran R32 Mesra Alam – Kurang penggunaan gas, lebih efisien dan tiada penipisan ozon.

Setiap unit didatangkan dengan jaminan 3 tahun untuk unit dalaman (termasuk buruh dan pengangkutan) dan 7 tahun untuk pemampat. Pelanggan yang memilih servis penyelenggaraan berkala (setiap 3 bulan) berpeluang menikmati waranti penuh selama 7 tahun – antara yang terpanjang di pasaran.
Pemasangan turut ditawarkan pada harga RM349 oleh rakan servis bertauliah PRISM+.
Siri Penulen Udara Nexa – Untuk Rumah Lebih Bersih Dan Pintar
Selain penyaman udara, PRISM+ turut memperkenalkan dua model penulen udara – Nexa dan Nexa Pro. Direka untuk memenuhi keperluan bilik berlainan saiz, kedua-dua model menawarkan sistem penapisan pelbagai peringkat, termasuk Penapis HEPA H13, karbon berbutir dan pensterilan UV.

| Model | Liputan Disyorkan | Ciri Penulenan | Harga (Selepas Diskaun) |
|---|---|---|---|
| Nexa | 323 sqft (30 sqm) | HEPA H13 + Karbon + UV + Penapis Awal | RM279 |
| Nexa Pro | 474 sqft (44 sqm) | Penapis lebih besar + HEPA H13 + Karbon + UV | RM429 |
Bagi yang berminat, penulen udara Nexa ini tersedia dalam pilihan warna Arctic White, Satin Black dan Navy Blue, reka bentuknya kompak dan moden serta dilengkapi pemegang terbina dalam untuk mudah dialihkan. Bukan itu sahaja, kedua-dua model turut hadir dengan waranti 1 tahun.

Akhir sekali, melalui aplikasi PRISM+ Connect, pengguna boleh mengawal fungsi penulen udara dengan lebih pintar, termasuk:
- Sensor PM2.5 masa nyata
- Automasi berdasarkan masa atau kualiti udara
- Statistik penggunaan dan prestasi
- Mod tidur senyap dan kunci keselamatan untuk kanak-kanak
Untuk mendapatkannya, anda boleh mula berkunjung ke semua rangkaian kedai PRISM+ di seluruh Malaysia bermula 1 Ogos 2025,