Day & Dusk Oleh Minimalist Lab – Koleksi Barang Kemas Titanium Tahan Lasak Untuk Gaya Harian
Lina Rosli
Dalam dunia fesyen moden yang semakin memfokuskan kepada keselesaan, ketahanan dan estetika minimalis, pemilihan aksesori yang sesuai bukan sahaja bergantung kepada reka bentuk semata-mata, tetapi juga kesesuaiannya untuk pemakaian harian.
Menyedari keperluan ini, jenama tempatan Minimalist Lab memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Day & Dusk – yang menampilkan koleksi barang kemas yang diperbuat daripada titanium tahan air dan tahan peluh khusus untuk iklim dan gaya hidup aktif di Malaysia.

Reka Bentuk Yang Praktikal Dan Tahan Lama
Koleksi Day & Dusk menampilkan barang kemas minimalis yang direka untuk dipakai sepanjang hari – dari pagi hingga malam tanpa perlu ditanggalkan. Keseluruhan koleksi ini diperbuat daripada titanium gred tinggi yang terkenal dengan ketahanannya terhadap air, peluh dan hakisan.
Bagi yang berminat, untuk koleksi ini, Minimalist Lab menggunakan bahan yang tidak mudah berkarat, tidak berubah warna, dan tidak meninggalkan kesan pada kulit – dan ini sekaligus menjadikannya pilihan ideal bagi individu yang aktif dan mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Untuk pengetahuan anda juga, titanium juga merupakan bahan yang ringan dan hypoallergenic yang menjadikannya sesuai untuk pemakaian jangka masa panjang tanpa menyebabkan rasa tidak selesa atau iritasi.
Secara keseluruhannya, koleksi Day & Dusk oleh Minimalist Lab bukan sekadar satu penawaran fesyen, tetapi satu penyelesaian praktikal bagi mereka yang mencari barang kemas harian yang tahan lama, ringan dan sesuai dengan cuaca Malaysia. Dengan gabungan reka bentuk yang moden dan bahan berkualiti tinggi, koleksi ini memenuhi keperluan pengguna masa kini yang menghargai gaya hidup aktif dan kepraktisan dalam berfesyen.

Bagi mereka yang ingin melabur dalam aksesori yang boleh dipakai setiap hari tanpa kompromi terhadap gaya dan ketahanan, Day & Dusk mungkin merupakan pilihan yang paling sesuai yang mana ia boleh didapati pada harga bermula RM55 untuk rantai.