YSL Beauty Memperkenalkan Koleksi Minyak Wangi Le Vestiaire des Parfums Di Malaysia – Harga Bermula RM1,450
Lina Rosli
Mengangkat warisan seni dan visi revolusioner Monsieur Yves Saint Laurent, YSL Beauty kini memperkenalkan koleksi eksklusif Haute Parfumerie iaitu Le Vestiaire des Parfums – buat pertama kali di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, wangian Le Vestiaire des Parfums ini diinspirasikan daripada rekaan ikonik Saint Laurent yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk haruman mewah yang mempersonakan.

Setiap haruman dalam koleksi ini dicipta dengan teliti oleh para pembuat minyak wangi ternama dunia, yang memahami sepenuhnya nilai-nilai dan estetika jenama YSL. Mereka bukan sekadar mencipta wangian, tetapi menghasilkan karya seni olfaktori yang melangkaui batas konvensional.
Setiap semburan membawa jejak memori yang mendalam, berani dan abadi – mencerminkan semangat Yves Saint Laurent yang tidak pernah takut untuk mencabar norma.

Le Vestiaire des Parfums turut memperluaskan ritual wangian menerusi rangkaian Hand & Body Wash terbaharu, yang direka untuk melengkapkan pengalaman deria secara menyeluruh. Produk pencuci badan ini bukan sahaja membersihkan kulit dengan lembut, tetapi juga meninggalkan haruman halus serta membantu kulit menyerap lapisan wangian seterusnya dengan lebih baik.
Bukan sekadar untuk tubuh, koleksi ini juga melangkah ke ruang kediaman melalui rangkaian lilin beraroma yang eksklusif. Setiap lilin mewakili destinasi ikonik YSL seperti 70 Paris, 66 Marrakech, 83 New York, 37 Rue de Bellechasse, 24 Rue de l’Université dan 6 Place Saint Sulpice – menyuntik suasana mewah dan nostalgia ke dalam kediaman.

Bagi yang berminat, koleksi Le Vestiaire des Parfums kini ditawarkan dalam 16 pilihan wangian dengan harga RM1,450.00 setiap satu. Ia boleh didapati di butik YSL Beauty terpilih serta secara atas talian di platform rasmi YSL Beauty Malaysia.