Kolaborasi Rexona Dan Sometime Tampil Dengan Beg Tangan Eksklusif Edisi Terhad
Lina Rosli
Dalam usaha memperluaskan pendekatan jenama kepada gaya hidup moden, Rexona Malaysia mengorak langkah baharu dengan mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama jenama beg tangan tempatan, Sometime by Asian Designers. Kerjasama ini dilancarkan sempena pelancaran koleksi deodoran beraroma mewah Rexona World Class Perfume, yang menampilkan tiga variasi wangian inspirasi dunia.

Untuk Rexona x Sometime, ia hadir dengan koleksi beg tangan edisi terhad yang diberi nama Ble (Rexona Edition) – sebuah rekaan istimewa yang menggabungkan elemen praktikal dan elegan, sekaligus menyerlahkan komitmen kedua-dua jenama dalam menyatukan gaya serta fungsi dalam satu koleksi.
Ble (Rexona Edition) ditawarkan dalam tiga rona berbeza yang mewakili setiap wangian dalam koleksi World Class Perfume. Apa yang menarik juga adalah ia diperbuat daripada material ‘wrinkled‘ eksklusif, beg ini menyerlahkan penampilan premium dan kontemporari yang sesuai digayakan dalam pelbagai suasana – dari urusan harian hinggalah ke acara istimewa.

Menambahkan lagi keunikan koleksi ini ialah charm chain khas yang menggambarkan ikon buah-buahan – elemen yang diinspirasikan daripada nota utama dalam koleksi deodoran Rexona. Ia bukan sahaja simbolik, malah berfungsi sebagai sentuhan peribadi dalam menyerlahkan identiti tas ini sebagai sebahagian daripada kolaborasi istimewa.
Bagi yang berminat, Ble (Rexona Edition) ditawarkan secara eksklusif melalui kempen pembelian produk Rexona. Pelanggan yang membeli twin pack Rexona Women Pear Restore layak untuk menyertai cabutan bertuah bagi memenangi beg tangan edisi terhad ini.