Skechers Raikan Warisan Tempatan Menerusi Koleksi Pakaian City Foods Sempena Bulan Kemerdekaan

July 30, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada Ogos ini, Skechers hadir dengan koleksi terbaharu yang dinamakan City Foods Collection – sebuah koleksi istimewa yang memberi penghormatan kepada dua sarapan tempatan yang cukup ikonik dalam budaya Malaysia, iaitu nasi lemak dan roti bakar kaya.

Menggabungkan elemen batik tempatan menerusi motif flora dan corak geometri, koleksi ini menampilkan dua rekaan utama dalam bentuk baju-T uniseks berlengan pendek iaitu Nasi Lemak Set dan Kaya Toast Set.

Untuk Kaya Toast Set, ia direka bagi membangkitkan nostalgia roti bakar rangup yang dihidang bersama kaya, mentega, telur separuh masak dan minuman panas seperti teh tarik atau kopi. Potongan kasual dan padanan warna yang ringkas menjadikan rekaan ini mudah digayakan dalam apa jua suasana.

Sementara Nasi Lemak Set pula, bukan sekadar makanan – ia mencerminkan kepelbagaian cita rasa rakyat yang mana Skechers mengetengahkan simbol kebanggaan gastronomi Malaysia – anda boleh mendapatkannya sama ada di gerai tepi jalan ke restoran berprestij. Oleh itu, rekaan bagi koleksi ini hadir dengan gaya yang santai tetapi penuh makna, mewakili warisan kulinari negara yang kini dinikmati sepanjang hari.

Apa yang menarik, kedua-dua koleksi ini hadir dengan bahan material yang diperbuat daripada fabrik campuran kapas dan poliester yang ringan serta bernafas, setiap helaian direka untuk memberikan keselesaan optimum bagi pemakaian harian dalam gaya kasual yang santai. Bagi yang berminat, kedua-dua rekaan ini ditawarkan dalam dua warna asas yang versatil – Snow White dan Black.

Sebagai pelengkap koleksi ini, setiap pembelian akan disertakan dengan Cali Bits charm edisi khas berupa miniatur nasi lemak bungkus, lengkap dengan rekaan daun pisang. Aksesori ini bukan sahaja unik, malah menyerlahkan nilai sentimental yang berkait rapat dengan pengalaman harian rakyat Malaysia.

Untuk mendapatkannya, Skechers City Foods Collection boleh didapati pada harga RM129 sehelai, dan tersedia di beberapa butik Skechers terpilih di seluruh negara, termasuk:

  • Pavilion Bukit Jalil
  • Pavilion Damansara Heights
  • Pavilion Kuala Lumpur
  • Suria KLCC
  • The Exchange TRX Mall
  • 1 Utama Shopping Centre

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd