MOCCONA x KLFW25 Menyatukan Kopi Dan Fesyen Menerusi Kolaborasi Bersama Atelier Fitton Dan Ezzati Amira

August 1, 2025
Uncategorized

Lina Rosli

Tahun 2025 merupakan tahun keempat berturut-turut MOCCONA sebagai Penaja Rasmi Kopi untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW). Bertemakan When Coffee Meets Fashion, acara yang berlangsung dari 4 hingga 10 Ogos 2025 di Esplanade KLCC Park ini menjadi medan ekspresi buat para pencinta gaya dan peminat kopi yang menghargai butiran dan cerita di sebalik setiap momen.

Apa yang membezakan di KLFW25, MOCCONA dilihat menyatukan dunia kopi dan fesyen tempatan menerusi kolaborasi bersama dua nama besar dalam arena reka bentuk Malaysia – Joshua Fitton dari Atelier Fitton dan Ezzati Amira.

Menurut MOCCONA, kolaborasi bersama Joshua dan Ezzati adalah ruang untuk mempersembahkan tema Love The World You’ve Created – sebuah mesej yang mendorong penerimaan diri, kesedaran terhadap pilihan harian dan meraikan kehidupan melalui perspektif penuh kasih sayang dan kreativiti.

Sebagai sebahagian daripada kempen tahun ini, MOCCONA juga menganjurkan pameran gaya hidup bertajuk A Creative’s Choice yang berlangsung di Suria KLCC sepanjang minggu fesyen. Pameran ini mengetengahkan potret visual dua figura inspirasi – Nazifi Nasri dan Nina Khalil yang terkenal dengan identiti dan gaya tersendiri.

Melalui lensa fotografi, pengunjung diajak menyelami kisah di sebalik setiap ekspresi dan pose, sebagai penghargaan terhadap perjalanan hidup yang dilalui dengan semangat serta kepercayaan diri dan tentunya, ditemani secawan kopi MOCCONA.

Cloud Bag Edisi Khas & MOCCONA Coffee Bar

Tidak ketinggalan, MOCCONA turut memperkenalkan Cloud Bag edisi khas, hasil kerjasama eksklusif dengan KLFW25. Beg berinspirasikan peragaan ini boleh dimiliki secara percuma dengan setiap pembelian MOCCONA bernilai RM45 ke atas.

Sepanjang KLFW25, pengunjung turut dijemput menikmati pengalaman unik di MOCCONA Coffee Bar, yang menawarkan minuman mocktail kopi istimewa menggunakan variasi pilihan MOCCONA seperti:

  • Number 5 (Medium Roast) – lembut dan seimbang
  • Number 8 (Dark Roast) – berkarakter dan berani
  • Number 10 (Espresso Style) – penuh intensiti dan aroma

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd