Laneige Memperkenalkan Neo Cushion Mewy Dengan Teknologi Penghidratan Mendalam
Lina Rosli
Laneige kini melancarkan produk terbaharunya – Neo Cushion Mewy. Menggabungkan kemasan ringan dengan kelembapan mendalam, produk ini tampil sebagai pelengkap kepada siri popular Neo Cushion dengan penekanan pada kulit yang lembap, licin dan bersinar sihat sepanjang hari.
Mengikuti trend kecantikan global yang cenderung kepada kulit dewy dan semula jadi, Neo Cushion Mewy diperkaya dengan 89% essence penjagaan kulit, membekalkan kelembapan intensif dan memperbaiki tekstur kulit dari semasa ke semasa.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi eksklusif Water Lock System – yang berfungsi mengunci kelembapan agar tidak mudah meruap, memberikan penghidratan berpanjangan dan sokongan terhadap kondisi kulit.
Keberkesanan produk ini turut disokong oleh hasil kajian pengguna yang mana selepas dua minggu penggunaan, 93.54% pengguna melaporkan tekstur kulit yang lebih licin dan lembut, manakala 90.32% menyatakan masalah kekeringan dalaman berkurang. Kajian ini melibatkan 32 wanita berumur 20 hingga 49 tahun dan dijalankan dari 6 Disember 2024 hingga 7 Januari 2025.

Selain formula essence yang tinggi, Neo Cushion Mewy turut mengandungi serbuk halus ultra-ringan yang melekat kemas pada kulit, menghasilkan sapuan tipis tanpa rasa berat. Reka bentuknya yang moden dilengkapi dengan cermin dan puff istimewa untuk sapuan menyeluruh termasuk kawasan sensitif seperti bawah mata.
Bagi yang berminat, Laneige Neo Cushion Mewy boleh mula didapati di butik Laneige, gedung-gedung terpilih, laman rasmi my.laneige.com, serta platform edagang rasmi seperti TikTok Shop, Lazada, Shopee dan Zalora.