Lotteria Bakal Dibuka Di Malaysia Oleh Serai Group Pada Penghujung Tahun 2025

August 7, 2025
syarikat

Lina Rosli

Satu lagi jenama makanan segera dari Korea bakal tiba di Malaysia. Lotteria, rangkaian burger di bawah Lotte Group, disahkan akan membuka cawangan pertamanya di negara ini menjelang hujung tahun 2025.

Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan global oleh syarikat induknya, Lotte GRS. Menerusi perjanjian francais induk bersama Serai Group, Lotteria bukan sahaja akan membuka dan mengendalikan cawangan di Malaysia, malah diberi hak untuk memfrancaiskan jenama ini kepada pihak ketiga.

Setakat ini, menu dan senarai penawaran hidangan masih lagi belum diumumkan lagi. Untuk pengetahuan anda, Lotteria terkenal dengan menu unik yang berbeza daripada jenama burger yang lain – yang mana ia hadir dengan penawaran pilihan burger seperti bulgogi burger, shrimp burger dan menu bermusim yang diinspirasikan dari citarasa tempatan.

Untuk penawaran di Malaysia, para pelanggan boleh menjangkakan beberapa pengenalan menu menarik seperti ayam goreng rangup atau burger edisi khas tempatan.

Menurut perancangan, Lotteria menyasarkan 30 buah cawangan dibuka di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lotteria bukanlah pendatang baharu dalam dunia makanan segera. Di Korea Selatan sahaja, mereka mengendalikan kira-kira 1,000 cawangan, manakala di peringkat antarabangsa, Lotteria sudahpun mempunyai lebih 320 cawangan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd