Skechers Melancarkan Hotshots Sneakers Dan Koleksi Skechers x MSYD Di KLFW 2025
Lina Rosli
Skechers membuat kemunculan semula yang bergaya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 dengan mempersembahkan gabungan rekaan fesyen kontemporari dan teknologi keselesaan tersendiri.
Di bawah arahan dan sentuhan kreatif penggaya fesyen terkenal, Min Luna, Skechers memperkenalkan kolaborasi eksklusif bersama pereka muda Malaysia yang semakin mendapat perhatian, Masyadi Mansoor atau lebih dikenali sebagai MSYD.

Untuk koleksi Skechers x MSYD, ia menampilkan rekaan gaya jalanan tempatan yang digabungkan dengan estetika jenama Skechers – dan ini sekaligus menjadikan rangkaian koleksi ini tampak lebih berani, moden dan praktikal.
Kolaborasi ini memperkenalkan tiga rekaan utama iaitu Long Sleeve Shirt (RM299), Raglan Sleeve Tee (RM219) dan Sling Bag (RM289) – yang masing-masing menonjolkan keseimbangan antara fungsi, keselesaan dan identiti visual yang jelas. Setiap helaian direka untuk memenuhi gaya hidup urban yang sentiasa bergerak, namun kekal selesa untuk dipakai sepanjang hari.


Pelancaran Hotshots Sneakers Di KLFW 2025
Acara ini turut menjadi platform pelancaran rasmi Skechers Hotshots Collection, barisan sneakers gaya hidup yang menggabungkan gaya retro gelanggang dengan sentuhan moden.
Diperbuat daripada duraleather dan suede overlays, koleksi ini dilengkapi Air-Cooled Memory Foam untuk keselesaan optimum. Tiga model utama yang diperkenalkan ialah Pyke, Kickoff dan Cool Glow yang mana masing-masing dengan interpretasi berbeza terhadap gaya kasual harian.


Selain kolaborasi dengan MSYD dan Hotshots Collection, pertunjukan ini turut mempamerkan pilihan gaya daripada rangkaian Skechers lain termasuk Skechers Sport – Monster Evo, Skechers Court Classics Jade dan siri Skechers D’Lites.
Menerusi penyertaan Skechers di KLFW 2025, ia sedikit sebanyak memperkukuh imej Skechers sebagai jenama yang kini bergerak dari reputasi prestasi ke arah gaya hidup yang lebih moden tanpa perlu mengorbankan keselesaan sepanjang hari.