Samsung Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 Dan Galaxy Watch8 Kini Tiba Di Malaysia
Lina Rosli
Samsung kini mengumumkan yang mana Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 telahpun rasmi untuk pasaran Malaysia. Bersama-sama dengan telefon boleh-lipat ini, Samsung turut hadir dengan jam tangan pintar baharu iaitu Samsung Galaxy Watch8.
Untuk kesemua penawaran ini, Samsung dilihat hadir dengan teknologi generasi baharu yang mana ia dilengkapi dengan ciri AI lebih pintar, sistem kamera dipertingkat dan rekaan lebih praktikal untuk kegunaan harian.
Bagi yang tidak mengetahui, Samsung Galaxy Z Flip7 kini menampilkan skrin FlexWindow 4.1 inci yang menyokong Gemini Live – membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembantu AI tanpa membuka telefon.

Manakala untuk Samsung Galaxy Z Fold7, ia menampilkan paparan utama 8.0 inci yang luas – direka untuk memberikan pengalaman AI yang lebih imersif. Bukan itu sahaja, pengguna boleh menggunakan fungsi seperti Circle to Search bagi mencari maklumat terus daripada kandungan di skrin, atau AI Results View yang membolehkan hasil carian dan cadangan AI dipaparkan secara bersebelahan tanpa mengganggu kerja lain.
Semua ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy dengan prestasi NPU 41% lebih pantas, memastikan setiap arahan AI dilaksanakan dengan segera dan tepat.

Dari segi kamera, Samsung Galaxy Z Fold7 dilengkapi sensor 200MP dengan fungsi AI Generative Edit, Suggest Erases dan Audio Eraser, manakala Galaxy Z Flip7 menampilkan kamera sudut lebar 50MP dengan pratonton masa nyata di FlexWindow serta mod FlexCam untuk rakaman kreatif.
Untuk produktiviti, Z Fold7 berfungsi seperti stesen kerja mudah alih, manakala Z Flip7 kini menyokong Samsung DeX buat kali pertama, membolehkan ia digunakan sebagai pusat produktiviti di mana-mana.

Sementara itu, Galaxy Watch8 pula tampil dengan rekaan 11% lebih nipis untuk keselesaan maksimum sepanjang hari.
Ia dilengkapi ciri kesihatan baharu seperti Antioxidant Index yang memantau tahap antioksidan dalam badan, Vascular Load untuk mengesan tekanan pada sistem vaskular ketika tidur, serta panduan AI yang memberikan cadangan peribadi bagi meningkatkan kualiti tidur, mengurus stres dan merancang rutin senaman.

Bagi anda yang berminat, Samsung Malaysia kini hadir dengan tawaran promosi yang menarik. Bagi setiap pembelian siri Galaxy Z, anda boleh mendapatkan rebat dan promosi bernilai sehingga RM2,209 – tawaran sah sehingga 31 Ogos 2025.
Berikut adalah senarai harga promosi yang ditawarkan oleh Samsung Malaysia.
| Model | RAM + Memori | Warna | Harga | Rebat & Promosi |
| Galaxy Z Fold7 | 12+256GB | Silver Shadow | RM 7,799 | Antara tawaran pelancaran termasuk: – Naik taraf storan berganda bernilai RM600 – Baucar Samsung Reservation+ bernilai RM210 – Perlindungan Samsung Care+ sehingga RM999 – Rebat CIMB bernilai RM400 – Nilai tukar beli dipertingkat sehingga RM500 |
| Blue Shadow | RM 7,799 | |||
| Jetblack | RM 7,799 | |||
| Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 7,799 | |||
| 12+512GB | Silver Shadow | RM 8,399 | ||
| Blue Shadow | RM 8,399 | |||
| Jetblack | RM 8,399 | |||
| Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 8,399 | |||
| 16GB + 1TB | Blue Shadow | RM9,899 | ||
| Jetblack | RM 9,899 | |||
| Galaxy Z Flip7 | 12+256GB | Blue Shadow | RM 4,999 | |
| Coral Red | RM 4,999 | |||
| Jetblack | RM 4,999 | |||
| Mint (Online Exclusive) | RM 4,999 | |||
| 12+512GB | Blue Shadow | RM 5,599 | ||
| Coral Red | RM 5,599 | |||
| Jetblack | RM 5,599 | |||
| Mint (Eksklusif Atas-Talian) | RM 5,599 | |||
| Galaxy Z Flip7 FE (Eksklusif Atas-Talian) | 8+128GB | Black | RM 3,999 | |
| White | RM 3,999 | |||
| 8+256GB | Black | RM 4,299 | ||
| White | RM 4,299 |
| Model | Sambungan | Warna | Harga | Rebat & Promosi |
| Galaxy Watch8 (44mm) | WiFi | Graphite | RM1,399 | Untuk pembelian Galaxy Watch8, pelanggan juga boleh memilih: – Fabric Band bersaiz M/L atau S/M bernilai RM159 secara percuma – Rebat tukar beli dipertingkat sehingga RM200. |
| Silver | RM1,399 | |||
| WiFi + LTE | Graphite | RM1,699 | ||
| Silver | RM1,699 | |||
| Galaxy Watch8 (40mm) | WiFi | Graphite | RM1,299 | |
| Silver | RM1,299 | |||
| WiFi + LTE | Graphite | RM1,599 | ||
| Silver | RM1,599 | |||
| Galaxy Watch8 Classic (46mm) | WiFi | Black | RM1,799 | Sport Band bersaiz M/L bernilai RM159 secara percuma, di samping rebat tukar beli dipertingkat sehingga RM200. |
| White | RM1,799 | |||
| WiFi + LTE | Black | RM2,099 | ||
| White | RM2,099 | |||
| Galaxy Watch Ultra (2025) | WiFi + LTE | Titanium Blue | RM3,399 | Pembelian Galaxy Watch Ultra hadir dengan: – Trail Band bernilai RM399 – Galaxy SmartTag2 bernilai RM149 – Penyesuai kuasa 15W tanpa kabel bernilai RM59 – Battery Pack 10,000mAh bernilai RM159 – Pelanggan juga boleh menikmati rebat tukar beli dipertingkat sehingga RM200. |
| Titanium Gray | RM3,399 | |||
| Titanium Silver | RM3,399 | |||
| Titanium White | RM3,399 |