Cetaphil Memperkenalkan Rangkaian Produk Baharu Untuk Keperluan Kulit Sensitif
Bat
Fakta menunjukkan hampir 50% dewasa Malaysia mengalami kulit sensitif — satu masalah biasa yang sering diabaikan. Oleh itu, Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia, tampil dengan pendekatan baharu yang memfokuskan kepada sains, kerjasama pakar dan penyampaian maklumat yang tepat kepada pengguna.
Melalui pelancaran Cetaphil SkinLABS, jenama ini memperkenalkan dua inovasi utama, iaitu Gentle Exfoliating Salicylic Acid dan Cetaphil Baby Soothing Moisturising Cream – masing-masing dibangunkan untuk memenuhi keperluan kulit sensitif dewasa dan bayi.

Apa Menarik Pada Produk Gentle Exfoliating SA?
Direka untuk kulit berminyak dan mudah berjerawat, rangkaian ini menggabungkan PHA, AHA, dan BHA untuk pengelupasan lembut tanpa kerengsaan. Hadir dengan dua produk, iaitu:
- Gentle Exfoliating SA Cleanser – Menanggalkan kekotoran sambil menjadikan kulit lebih lembut hanya selepas sekali penggunaan.
- Gentle Exfoliating SA Lotion – Memberi penghidratan sehingga 48 jam, sambil memperbaiki tona kulit.

Apa Menarik Pada Produk Cetaphil Baby Soothing Moisturizing Cream
Untuk produk ini, ia dirumus khas untuk bayi baru lahir. Mengandungi Gliserin, Minyak Bunga Matahari & Minyak Badam untuk tiga manfaat utama, iaitu menenangkan, menghidrasi dan melindungi dengan penghalang kulit yang berfungsi hingga 8 jam selepas sapuan pertama.

Pengenalan Cetaphil SkinLABS – Pendidikan Melalui Pengalaman
Cetaphil SKinLABS bukan sekadar pameran produk, tetapi platform innteraktif yang membolehkan pengunjung mempelajari penjagaan kulit berasaskan sains melalui zon khas seperti Zon Penghidratan, Pengelupasan dan Penjagaan Lembut.

Dengan inovasi yang menitikberatkan keberkesanan tanpa kompromi, Cetaphil terus mengukuhkan reputasinya sebagai rakan penjagaan kulit seumur hidup, untuk semua jenis kulit – terutamanya mereka yang memiliki kulit sensitif.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.cetaphil.com.my/ atau ikuti @cetaphilmy di TikTok, Instagram dan Facebook.