HABIB Memperkenalkan Koleksi Emas Eksklusif Bersama Didi & Friends – Wafer Emas 999.9 Dan Loket Emas 999

August 12, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Baru-baru ini, HABIB mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama siri animasi tempatan popular, Didi & Friends yang mana ia menampilkan koleksi istimewa wafer emas 999.9 edisi terhad. Untuk wafer emas ini, ia memaparkan tiga karakter utama – Didi, Nana dan Jojo.

Selain wafer emas, HABIB juga turut memperkenalkan loket emas 999 edisi istimewa rekaan 3D dengan kemasan enamel berwarna. Untuk loket ini, ia boleh dipadankan bersama rantai – menjadikannya sesuai untuk koleksi peribadi dan hadiah istimewa yang pasti digemari para peminat dari semua peringkat umur.

Menurut HABIB, koleksi ini bukan sekadar hiasan, malah bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan menabung dan nilai pelaburan emas sejak usia muda. Melalui inisiatif ini, HABIB berhasrat memupuk kesedaran kewangan dengan cara yang mudah difahami dan menyeronokkan.

Bagi yang berminat, wafer emas HABIB x Didi & Friends dijual pada harga RM148 setiap satu atau RM444 untuk set lengkap tiga karakter, dan boleh didapati di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.habibjewels.com atau ikuti media sosial rasmi HABIB.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd