Purcotton Memperkenalkan Produk 100% Kapas Tulen Dan Mesra Alam

August 13, 2025
Gaya Hidup

Bat

Purcotton, jenama gaya hidup kapas premium dari China, kini secara rasmi hadir di Malaysia dengan rangkaian produk harian 100% kapas tulen yang mesra kulit dan mesra alam.

Pelancaran ini disambut dengan penganjuran pop-up storePure Cotton, Pure Comfort” di Pusat beli-belah 1 Utama sehingga 17 Ogos 2025, membolehkan pengunjung merasai sendiri kelembutan dan keaslian kapas tulen.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, Purcotton memegang prinsip bahawa apa yang menyentuh kulit kita mestilah selamat, selesa, dan dihasilkan secara bertanggungjawab. Semua produknya diperbuat daripada kapas asli berkualiti tinggi yang hypoallergenic, bebas bahan kimia keras, dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bayi.

Kapas sebagai serat semula jadi ini mempunyai kelebihan unik — ia boleh digunakan terus tanpa pemprosesan kimia, lembut, bernafas, dan mampu menguraikan diri secara semula jadi. Ia juga tumbuh subur di tanah gersang serta boleh dituai setiap tahun, menjadikannya pilihan lestari dari sumber hingga ke pengguna.

Kualiti Taraf Perubatan

Purcotton memastikan setiap produknya mematuhi piawaian pembuatan gred perubatan. Antara produk ikoniknya ialah tisu kapas 100% pertama di dunia, tisu basah kapas, produk kebersihan wanita, penjagaan bayi, penjagaan rumah, dan keperluan perjalanan.

Sempena pelancarannya di Malaysia, Purcotton memperkenalkan “The Cotton Commitment“, iaitu jemputan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan harian yang lebih bijak dan semula jadi.

Sama ada memilih kapas 100% berbanding bahan sintetik, mengamalkan tabiat lebih sihat, atau sekadar lebih peka terhadap kandungan produk yang digunakan. Setiap langkah kecil mampu memberi impak besar terhadap kesihatan kulit dan kelestarian bumi.

Aktiviti Menarik Di Pop-Up Store

Di pop-up store 1 Utama, pengunjung boleh meneroka zon interaktif, mencuba produk secara langsung, menyesuaikan beg tote, bermain permainan digital, serta membawa pulang biji kapas untuk ditanam di rumah. Terdapat juga aktiviti Spend and Win dengan hadiah eksklusif untuk dimenangi.

Produk Purcotton kini boleh didapati di rangkaian runcit terpilih seperti Jaya Grocer, Guardian, myNews, Popular, serta kedai khusus ibu dan bayi. Pembelian secara atas talian juga tersedia di Shopee dan Lazada.

Purcotton bukan sekadar jenama kapas, ia adalah satu pergerakan ke arah keselesaan semula jadi dan kehidupan yang lebih lestari.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd