Laurier Malaysia Memperkenalkan Kempen “Experience Zero Feeling” Di KLFW 2025 Bersama Jenama Fesyen What To Wear
Lina Rosli
Di acara KLFW25 yang lepas, Laurier Malaysia sekali lagi memperkasakan wanita dengan menerusi penglibatannya sebagai Official Feminine Care Partner.
Dan pada edisi kali ini, Laurier melancarkan kempen terbaharu bertemakan “Experience Zero Feeling”, yang memposisikan rangkaian Laurier Super Slimguard sebagai pilihan utama bagi wanita yang mengutamakan keselesaan maksimum sambil mengekalkan gaya hidup moden dan berkeyakinan.

Acara yang berlangsung pada Jumaat lalu di Esplanade, Suria KLCC ini merupakan sebahagian daripada sambutan KLFW yang diadakan dari 4 hingga 10 Ogos 2025. Kolaborasi bersama jenama fesyen tempatan What To Wear (WTW) menampilkan gabungan fesyen dan fungsi, mengangkat mesej bahawa penjagaan feminin tidak sepatutnya menjadi halangan kepada fesyen, ekspresi diri dan juga keyakinan.
Keistimewaan Laurier Super Slimguard
Produk utama kempen ini, Laurier Super Slimguard direka dengan ketebalan hanya 0.1cm namun menawarkan kuasa serapan sehingga 200 kali ganda, membolehkan pengguna kekal kering dan selesa sepanjang hari.
Reka bentuknya yang nipis dan tidak ketara menjadikannya sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian, termasuk busana ketat, tanpa mengorbankan keselesaan dan perlindungan.
Bagi anda yang ingin mencuba Laurier Super Slimguard, ia sudahpun berada di pasaran dan dijual pada harga RM17.70 untuk satu pek.