Tealive Hadir Dengan Siri Minuman Durian Di Beberapa Cawangan Terpilih – Bang Bang Durian Milk Kaw Kaw, Jasmine Durian Light Milk Tea
Lina Rosli
Tealive memperkenalkan siri minuman edisi terhad yang terbaharu yang pasti menggembirakan peminat durian – iaitu Durian Beats.
Menurut Tealive, mereka menggunakan pes durian D24 daripada @hernandurianking yang terkenal dengan rasa lemak berkrim dan aroma yang padu, siri ini menawarkan pengalaman menikmati durian dalam bentuk minuman moden yang menyegarkan.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah:
- Jasmine Durian Light Milk Tea – RM11.23
- Bang Bang Durian Milk Kaw Kaw – RM13.11
- Snowy Bang Bang Durian Milk Tea – RM13.11
Siri minuman ini ditawarkan untuk tempoh terhad, menjadikannya peluang terbaik untuk menikmati kombinasi rasa teh dan durian yang jarang ditemui di pasaran. Bukan itu sahaja, penawaran minuman durian ini juga ditawarkan di beberapa cawangan terpilih sahaja seperti:
- Tealive MRT Bukit Bintang, KL
- Tealive KL Convention Centre, KL
- Tealive Medan Pasar, KL
- Tealive Berjaya Times Square, KL
- Tealive Gurney Mall, KL
- Tealive 3 Damansara, Selangor
- Tealive Sunway Carnival, Pulau Pinang
- Tealive Kinta City, Perak
- Tealive Kangar, Perlis
(Untuk senarai lokasi yang terpilih, anda boleh mendapatkannya menerusi aplikasi Tealive. Muat-turun hari ini di App Store dan Play Store)