Marriott Executive Apartments Kini Dibuka Di Kuala Lumpur
Lina Rosli
Marriott Executive Apartments secara rasmi membuka pintu hartanah terbaharu mereka di Kuala Lumpur, yang juga merupakan hartanah terbesar jenama ini di Asia Pasifik (selain China). Terletak di lokasi strategik di tengah-tengah ibu kota, hanya beberapa langkah dari KLCC Park, ia menawarkan gabungan keselesaan kediaman dan kemewahan perkhidmatan hotel bertaraf antarabangsa.
Untuk pengetahuan anda, Marriot Executive Apartments menempatkan 353 unit apartmen servis yang direka elegan, pilihan penginapan di sini merangkumi studio moden, apartmen satu bilik, dua bilik dan tiga bilik.

Setiap unit dilengkapi dapur gaya kediaman, ruang makan dan ruang tamu, serta kemudahan seperti mesin basuh dan pengering baju. Ia direka untuk memenuhi keperluan tetamu bagi penginapan jangka pendek mahupun panjang.
Antara pilihan bilik yang ditawarkan termasuklah:
- Studio (48 sqm) – Pemandangan KLCC Park
- Satu Bilik (65–91 sqm) – Pilihan pemandangan bandar, bukit atau KLCC Park
- Dua Bilik (87–104 sqm) – Sesuai untuk keluarga atau kumpulan kecil
- Tiga Bilik (139 sqm) – Ruang luas dengan pemandangan bandar yang memukau


Lokasinya menawarkan akses mudah ke mercu tanda ikonik seperti Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, serta kawasan tumpuan hiburan dan kulinari seperti Bukit Bintang, Jalan Changkat dan Jalan Alor. Ia juga mempunyai sambungan terus ke stesen LRT Suria KLCC, stesen MRT Conlay, serta akses mudah ke lebuh raya utama.
Kemudahan di Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur turut merangkumi Bistro Kia Peng yang menyajikan hidangan moden Malaysia, ruang acara fleksibel termasuk rooftop venue dengan pemandangan bandar, gimnasium 24 jam, kolam renang, kids’ splash zone, dan bilik permainan kanak-kanak.
Bagi pelancong perniagaan atau percutian, Marriott Executive Apartments Kuala Lumpur menawarkan pengalaman penginapan yang mengutamakan keselesaan, privasi, dan layanan mesra yang menjadi tanda jenama Marriott di seluruh dunia.