Montigo Memperkenalkan Koleksi Wildflower Field – Dijual Pada Harga Bermula RM89.90

August 14, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Montigo kini memperkenalkan koleksi baharu untuk bekas minuman (drinkware) mereka – iaitu Wildflower Field Collection yang menampilkan warna-warna lembut terinspirasi daripada keindahan alam. Koleksi ini direka untuk memenuhi keperluan mereka yang aktif, sambil mengekalkan gaya elegan dalam setiap penggunaan.

Antara produk utama yang ditawarkan menerusi koleksi ini termasuklah, Roamer Tumbler (RM149.90) yang mana ia menampilkan bekas minuman air yang hadir dengan dua mod minum iaitu muncung secara terbina dan juga straw. Apa yang menarik pada bekas minuman ini adalah ia dilengkapi dengan pemegang yang kukuh, penebat dinding berkembar dan juga reka bentuk yang kalis bocor.

Selain itu, Montigo turut memperkenalkan Sense Coffee Cup Large (RM89.90) dan Ace Bottle Medium (RM89.90) yang tersedia dalam tujuh pilihan warna bertema wildflower – untuk Sense Coffee Cup, ia sesuai untuk penggemar kopi yang mengutamakan cita rasa dan penampilan.

Koleksi ini juga hadir bersama aksesori seperti bottle boots (RM25) dan Wildflower Field Bottle Bag (RM69) yang direka untuk melengkapkan gaya sambil memberikan kemudahan membawa drinkware ke mana-mana.

Koleksi Wildflower Field kini boleh didapati di shopmontigo.com dan kedai fizikal Montigo berdekatan anda.

Montigo Turut Buka Kedai Pop-Up Eksklusif Di The Exchange TRX

Bermula 18 hingga 24 Ogos 2025, Montigo juga akan membuka kedai pop-up di The Exchange TRX bermula 10 pagi sehingga 10 malam. Pengunjung yang hadir akan menikmati tawaran eksklusif seperti:

  • Montigo Bottle Bag percuma (bernilai RM69) dengan pembelian mana-mana dua drinkware.
  • Diskaun 30% untuk Wildflower Icon baharu.
  • Blooming Charm Workshop dengan charm edisi terhad untuk bekas minuman yang diperibadikan.

Bagi yang tidak dapat hadir ke TRX, pop-up ini akan diteruskan di IOI City Mall dari 15 hingga 21 September 2025.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd