Rare Eau de Parfum – Wangian Eksklusif Menggabungkan Bau Manis, Vanila Dan Bumi
Lina Rosli
Jika anda lihat di TikTok dan juga Instagram, ramai individu mula berbincang tentang produk terbaru di bawah jenama Rare Beauty iaitu Rare Eau de Parfurm.
“My days are never the same, so I wanted a fragrance that evolves for the moment.” – Selena Gomez
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Rare Beauty memperkenalkan Rare Eau de Parfum – wangian yang direka untuk menyesuaikan diri dengan setiap detik kehidupan. Ia menggabungkan kehangatan, kemewahan, dan sentuhan rempah yang halus, menghasilkan aroma yang berubah secara semula jadi mengikut masa dan suasana.


Secara umumnya, wangian ini hadir dengan gabungan aroma yang membuka deria – menampilkan lapisan aroma karamel berkrim dan pistachio, disertai pink pepper yang memberi percikan segar. Aromanya kemudian berkembang kepada bau vanila yang dipadankan dengan halia pedas, memberikan dimensi yang sensorial dan tidak dijangka.
Dan pada nota akhir wangian ini, ia mula beralih kepada aroma sandalwood, tonka bean dan sentuhan skin musks yang halus – mencipta pengalaman olfaktori yang unik setiap kali dipakai.
- Nota Atas: Karamel, Pistachio, Pink Pepper
- Nota Tengah: Vanila, Halia, Kacang Koko
- Nota Akhir: Sandalwood, Tonka Beans, Skin Musks

Komposisi Aroma Eksklusif Dari Seluruh Dunia
Apa yang menarik, untuk setia nota dibentuk daripada bahan terpilih yang diambil secara mampan dari pelbagai pelosok dunia:
- Pink pepper dari Australia
- Halia dari Nigeria
- Kacang koko kitar semula dari Afrika Barat
- Sandalwood dari New Caledonia
- Tonka bean dari Venezuela
Gabungan ini menghasilkan wangian yang sesuai untuk mereka yang menghargai aroma yang unik.
Reka Bentuk Botol Ergonomik Dan Mewah
Berbeza dengan kebanyakan botol minyak wangi tradisional, Rare Beauty mengambil pendekatan inklusif. Dengan kerjasama pakar terapi tangan bertauliah dan pasukan jurutera pembungkusan, botol ini direka agar mudah dipegang dan digunakan walaupun bagi individu yang mempunyai isu pergerakan atau kekuatan tangan. Hasilnya, ia menggabungkan antara kemewahan dan fungsi, memenuhi keperluan pemakai tanpa mengorbankan estetika.
Bagi yang berminat, Rare Beauty Rare Eau de Parfum (50ml) dijual pada harga RM370, hadir sebagai pilihan eksklusif bagi mereka yang mahu aroma yang berevolusi seiring momen – menjadikannya bukan sekadar minyak wangi, tetapi satu pengalaman deria yang istimewa.