K Fry Raikan Merdeka Dengan Menu Edisi Terhad ‘Cool-lah Malaysia! Unity On Ice’
Lina Rosli
Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini, K Fry Urban Korean (K Fry) tampil dengan menu baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia, diolah dengan sentuhan unik gaya Korea.
Mengambil inspirasi daripada hidangan tempatan yang dekat di hati, setiap sajian Cool-lah Malaysia! Unity on Ice telah diberi nafas baharu dengan elemen berais dan sejuk, sesuai untuk cuaca panas Malaysia.

Antara pilihan hidangan yang ditawarkan termasuklah:
- Icy Sweet and Sour Chicken – ayam rangup tanpa tulang gaya Korea yang disalut sos masam manis yang dihidang di atas ais dengan tambahan mangga, laici dan tomato ceri. Untuk hidangan ini, ia dijual pada harga bermula RM33.80.
- Colours of Gemilang Hwachae – pencuci mulut berwarna-warni berinspirasikan minuman buah tradisional Korea, lengkap dengan ais kisar perisa Sprite, boba gula perang, bebola mangga, potongan tembikai, sagu, dan agar-agar bunga telang. Untuk pencuci mulut ini, harga jualan adalah bermula RM17.90.
- Mango Swirl Shake – minuman pekat dan berkrim menggunakan buah mangga segar, dipadankan dengan sos mangga serta krim putar. Harga jualan bermula RM17.90.
Setiap hidangan bukan sahaja menyatukan cita rasa tempatan dengan kreativiti Korea, malah mengangkat semangat perpaduan melalui gabungan warna, tekstur dan rasa. Ia menjadi simbolik kepada kepelbagaian budaya Malaysia yang diraikan bersama.
Bersempena bulan Merdeka ini, K Fry mengajak semua individu untuk merasai pengalaman ‘Unity on Ice’ ini – yang menjanjikan bukan sekadar sajian lazat, tetapi juga kenangan manis sempena Merdeka.
Untuk maklumat lanjut serta promosi terkini, pelanggan boleh melayari laman web rasmi K Fry atau mengikuti mereka di Facebook dan Instagram.