Portfolio Kopiko – Kini Bukan Sekadar Jenama Gula-Gula, Hadir Dengan Variasi Pilihan Minuman Sedia Minum

August 19, 2025
Kopi

Lina Rosli

Bagi kebanyakan daripada kita, secawan kopi adalah teman setia dalam memulakan hari. Sama ada untuk kekal fokus ketika bekerja atau sekadar menemani waktu santai, pilihan kopi yang tepat mampu memberi beza pada suasana hati (mood) harian.

Antara jenama yang sinonim dengan rakyat Malaysia ialah Kopiko – yang menawarkan rasa kopi sebenar dengan aroma pekat dan memikat.

Menariknya, kini Kopiko menawarkan lima pilihan perisa untuk memenuhi selera berbeza. Bagi mereka yang sukakan rasa kopi yang lebih lembut, Creamy Latte hadir sebagai pilihan yang sesuai. Sementara anda yang inginkan rasa lebih berani, Kaw Coffee tampil dengan kepekatan yang mantap.

Selain itu, terdapat juga L.A. Coffee membawa gaya moden dengan keseimbangan rasa yang unik. Bukan itu sahaja, jenama ini turut hadir dengan Brown Coffee, pilihan dengan rasa kopi yang lebih lembut dan manis berkrim.

Dan yang terbaru, Kopiko hadir dengan Macchiato, kombinasi kopi dan susu dengan profil rasa yang lebih halus tetapi tetap mengekalkan karakter kopi sebenar.

Bagi menjadikan jenama ini lebih dekat dengan anak muda tempatan, Kopiko kini melantik Syafiq Kyle sebagai duta rasmi. Sebagai seorang pelakon popular yang sinonim dengan gaya hidup aktif, kehadiran Syafiq Kyle diharap mampu memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menikmati kopi dengan cara yang lebih ringkas dan praktikal.

Untuk pengetahuan anda, jenama Kopiko bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah sudah menembusi lebih 80 negara di seluruh dunia, menjadikannya salah satu kopi segera yang mempunyai pengaruh global. Ia juga dikenali sebagai antara jenama kopi pertama yang memberi pengalaman rasa kopi sebenar dalam bentuk gula-gula kopi sebelum berkembang kepada rangkaian minuman segera.

Bukan sekadar minuman tiga-dalam-satu, Kopiko turut hadir dengan beberapa penawaran produk yang lain termasuklah:

  • Kopiko Volcanic Drip Coffee – kopi drip premium dengan pilihan biji kopi seperti Toraja, Flores, Java yang lebih pekat dan beraroma.
  • Kopiko Lucky Day – minuman kopi dalam botol, sesuai untuk mereka yang memerlukan coffee booster pada bila-bila masa
  • Kopiko Candy – gula-gula kopi ikonik yang menjadi produk asal jenama ini sebelum berkembang ke minuman segera.

Dengan variasi produk ini, Kopiko bukan sahaja memenuhi keperluan penggemar kopi segera, tetapi juga mereka yang mahukan pengalaman kopi premium atau sekadar menikmati rasa kopi dalam bentuk gula-gula.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd