Gigi Coffee Hadir Dengan Siri Minuman Dan Kek Hide & Cheese – Inspirasi Tom & Jerry
Lina Rosli
Bagi peminat kopi dan pencuci mulut, Gigi Coffee kini tampil dengan siri minuman dan kek terbaharu yang diinspirasikan daripada pasangan ikonik Tom & Jerry iaitu Hide & Cheese Series.
Menurut Gigi Coffee, siri Hide & Cheese ini menampilkan hidangan yang mengetengahkan permainan rasa kopi, teh hijau dan coklat dengan sentuhan unik keju dan kek mousse.

Antara minuman yang ditawarkan termasuk Brown Butter Cheesecake Latte (RM15), gabungan espresso pekat bersama krim cheesecake berperisa brown butter yang kaya, serta Golden Cream (RM16), iaitu coklat susu yang diakhiri dengan lapisan krim cheesecake yang lembut.
Khusus untuk peminat teh hijau pula, anda boleh mencuba Green Velvet (RM17), teh hijau susu yang juga dilengkapi dengan buih cheesecake matcha yang berkrim.

Selain minuman, Gigi Coffee turut memperkenalkan empat pilihan kek mousse Hide & Cheese eksklusif:
- Original Cheese Mousse Cake
- Chocolate Cheese Mousse Cake
- Strawberry Cheese Mousse Cake
- Tiramisu Cheese Mousse Cake
Untuk pengalaman penuh ala “Tom & Jerry”, siri minuman ini boleh didapati di semua cawangan Gigi Coffee, manakala kek mousse hanya ditawarkan di cawangan Gigi Coffee terpilih iaitu di: