UNIQLO Memperlihatkan Koleksi Klasik, Hangat & Moden Untuk Musim Luruh/Sejuk 2025
Bat
UNIQLO kembali dengan koleksi LifeWear Musim Luruh/Sejuk 2025 yang menggabungkan inspirasi klasik dengan gaya moden. Bertemakan “Revisiting Classics“, koleksi ini menekankan rekaan pakaian yang versatil – yang mana sesuai untuk digayakan tidak kira pada waktu siang mahupun malam.
Antara yang menjadi penampilan utama untuk koleksi ini ialah gaya preppy kampus Ivy League yang mana ia menampilkan seleksi pakaian merangkumi corduroy, sweater vest, merino wool dan denim tailored. Untuk setiap pakaian ini, ia diberikan sentuhan segar dengan siluet moden serta palet warna yang ceria.

Hasilnya, gaya layering klasik tampil lebih dinamik dan berjiwa muda. Antara pilihan menarik termasuk Corduroy Long Shirt Jacket (RM149.90) dan Broadcloth Shirt (RM129.90).
Bukan itu sahaja, UNIQLO turut tampil dengan pakaian yang sesuai digayakan pada musim dingin – menerusi koleksi “Upstate Weekend“.
Untuk rekaan ini, ia tampilkan dengan gaya yang lebih santai dengan potongan longgar, tekstur bulu lembut dan corak checkered berskala besar. Untuk kehangatan maksimum, koleksi ini hadir juga HEATTECH Fleece Turtleneck (RM79.90) – lembut, ringan dan sesuai dipakai di dalam rumah mahupun saat bersantai di luar.

Pada musim ini juga, UNIQLO turut memperkenalkan koleksi baju tebal yang didatangkan dengan variasi berbeza seperti Merino wool yang menawarkan kelembutan dan ketahanan. Sementara baju 3D Knit pula menggunakan teknologi rajut tanpa jahitan untuk siluet kemas dan elegan. UNIQLO turut menambah seleksi pakaian untuk varian Soufflé Yarn. Untuk pakaian ini, ia diperbuat daripada benang yang ringan serta bebas gatal, menjadikannya sesuai untuk lapisan gaya di iklim Malaysia.
Inovasi HEATTECH & PUFFTECH
UNIQLO terus memperkukuh identiti LifeWear melalui inovasi fabrik. HEATTECH Extra Warm Cashmere menggabungkan kemewahan kasmir dengan teknologi pengekalan haba – memberi rasa hangat tanpa berat.
Sementara itu, PUFFTECH pula menampilkan jaket ringan yang kekal gebu dan hangat walaupun dalam keadaan lembap, menjadikannya praktikal untuk perjalanan musim sejuk dan gaya bandar yang sibuk.

Tidak ketinggalan, UNIQLO trut memperkenalkan koleksi UT (UNIQLO T-shirt) dengan grafik eksklusif – daripada Sanrio Characters hingga POP MART dan Magic for All.
Bukan itu sahaja, pada musim ini, UNIQLO turut menampilkan koleksi yang berkolaborasi bersama JW Anderson, UNIQLO U, UNIQLO: C dan Comptoir des Cotonniers yang memberi variasi gaya lebih segar dan berani.


Jadi, apa pandangan anda? Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025 UNIQLO membuktikan bahawa gaya klasik tetap relevan apabila disuntik dengan elemen moden. Sama ada anda ingin tampil rapi ala Ivy League atau santai dengan nuansa kabin musim sejuk, setiap helaian direka untuk memberikan keselesaan, fungsi, dan gaya dalam satu.
Untuk melihat koleksi penuh, kini boleh didapati di uniqlo.com/my ataupun rangkaian fizikal untuk butik UNIQLO berdekatan anda.