Baskin Robbins Memperkenalkan Siri Pandan Kaw² – Aiskrim Edisi Terhad Dengan Sentuhan Malaysia
Lina Rosli
Bagi anda yang menggemari hidangan citarasa klasik – seperti menu bertemakan pandan, pastinya anda tidak ingin ketinggalan untuk mencuba siri baharu dari Baskin Robbins iaitu siri Pandan Kaw².
Secara umumnya, menu dan hidangan bertemakan pandan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ini kerana apabila bercakap tentang pandan, rasany hampir kebanyakan makanan di Malaysia pernah menggunakan bahan ini – dari kuih seri muka, ondeh-ondeh hinggalah ke nasi lemak pandan.

Dan untuk siri Pandan Kaw², Baskin-Robbins mengambil inspirasi daripada rasa klasik tersebut untuk dijadikan pilihan aiskrim baharu.
Bermula 15 Ogos 2025, siri Pandan Kaw² ini tampil dengan empat variasi menarik iaitu Pandan Kaw² Waffle Sundae (RM12.50), Pandan Kaw² Waffle Cone (RM12.50), Pandan Kaw² Milkshake Jr (RM14.50) dan Pandan Kaw² Pint (RM39.90).
Kesemuanya mengekalkan aroma pandan yang pekat, digabungkan dengan kelembutan aiskrim Baskin-Robbins yang sudah sinonim dengan kualiti premium.


Kehadiran perisa pandan ini seakan memberi ruang kepada pelanggan untuk merasai gabungan moden dan tradisional dalam satu hidangan. Ia bukan sahaja menghidupkan semula nostalgia rasa tempatan, tetapi juga membuktikan bagaimana jenama antarabangsa mampu meraikan budaya makanan Malaysia dengan cara tersendiri.
Bagi yang ingin mencuba, siri Pandan Kaw² boleh didapati di semua cawangan Baskin-Robbins Malaysia kecuali Kidzania. Jadi sama ada anda penggemar sundae, milkshake atau lebih suka menyimpan pint di rumah, pilihan pandan ini mungkin akan menjadi kegemaran baharu yang ‘confirm kaw’.